Sehingga hari ini, ruang Internet adalah lebih terbuka berbanding media arus perdana memandangkan komitmen Kerajaan terhadap Jaminan (Bill of Guarantees) Koridor Raya Multimedia (MSC). Pun begitu, pelbagai jenis tekanan telah dikenakan di Internet termasuk penangkapan blogger, serbuan polis ke atas Malaysiakini pada tahun 2003 dan penutupan Malaysia Today pada 2008.
Kerajaan sudah beberapa kali menggambarkan hasrat untuk menyekat Internet, terutamanya selepas kemenangan besar Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008. Contohnya pada tahun 2009, Datuk Seri Utama Rais Yatim mengumumkan
Pengumuman terbaru ini membuktikan bahawa Pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak tidak putus asa dalam usaha mereka untuk menyekat hak asasi dan kebebasan politik di Malaysia. Di sebalik manipulasi dan kempen Kerajaan, pengumuman terbaru ini membuktikan BN masih lagi terperangkap di dalam politik lama untuk mengawal dan menekan rakyat.
Sebaliknya, Pakatan Rakyat di dalam Buku Jingga telah memberikan komitmen untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, memperkenalkan Akta Kebebasan Media dan memelihara kebebasan Internet sekiranya kami dipilih menjadi Kerajaan Persekutuan dalam pilihan raya akan datang. Tidak seperti BN, Pakatan mengiktiraf perlunya membuka ruang media yang sempit bagi memastikan demokrasi yang segar dan kemakmuran negara.
Justeru, kami kecewa dengan sikap BN yang mengambil pendekatan bertentangan dengan mencadangkan untuk melebarkan akta tersebut kepada Internet. Lebih ironis lagi, pengumuman tersebut dibuat sehari sebelum kerajaan diktator di Mesir menyekat akses rakyat mereka kepada Twitter.
Kerajaan menghantar mesej yang salah kepada pelabur-pelabur luar, yang yang sebelum ini tertarik dengan Jaminan MSC. Tanpa ketelusan dan kebertanggungjawaban yang wujud menerusi Internet dan media yang bebas, semua rancangan perubahan – termasuk “NEM”, “ETP” mahupun “GTP” yang diwarwarkan selama ini – akan menjadi sia-sia. Keyakinan terhadap Malaysia, yang sudah pun berada pada tahap yang paling rendah, tidak akan pulih jika Kerajaan terus menerus menyekat dan menghukum sesiapa yang memberikan kritikan yang jujur, tepat dan membina. Kestabilan dan keselamatan negara kita bergantung kepada wacana awam yang lebih terbuka.
KEADILAN menggesa BN membatalkan rancangan ini dan sebaliknya meminda
-- Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Pengarah Komunikasi, Parti Keadilan Rakyat.
Berkaitan: Makin ramai membaca Harakah, ini yang UMNO takut
Steven Gan (foto), ketua pengarang kumpulan portal online Malaysiakini berkata, “Bebas daripada tapisan, media di internet berjaya meletakkan asas kewartawanan sebenar sehingga berlakunya tsunami politik pada tahun 2008 yang menyaksikan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengakui kerajaan telah “tewas dalam peperangan di internet”.
Meskipun media tradisional dan juga media internet dibelenggui oleh kira-kira 35 undang-undang yang menyekat kebebasan di Malaysia, namun terdapat satu faktor yang membezakan kedua-dua mereka. Tidak seperti media cetak dan penyiaran, media di internet tidak memerlukan kebenaran daripada kerajaan untuk mencetak atau menerbitkan berita mereka.
Steven Gan berkata setiap tahun media tradisional terpaksa memperbaharui permit penerbitan dan percetakkan. Undang-undang ini menghambat para editor dan wartawannya supaya terus patuh kehendak kerajaan.
“Besar kemungkinan cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 jika diluluskan akan menyaksikan media online juga diheret sama dan diwajibkan memohon untuk mendapatkan lessen,” jelas beliau.
Kenyataan Steven Gan seterusnya:
“Jika menjadi kenyataan, ia ibarat pukulan paku terakhir di keranda bagi kebebasan media di negara ini. Kebebasan meluahkan pendapat yang serba terbatas dinikmati di alam maya sejak 16 tahun lalu bakal berkubur.
“Dengan perlesenan, kerajaan boleh mengenakan tekanan politik ke atas media di internet. Paling menggerunkan, menteri dalam negari yang sebegitu berkuasa itu berhak mengisyitiharkan mana-mana sesawang sebagai tapak haram. Lebih malang lagi, mengikut akta itu, keputusan menteri adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah.
“Atas sebab itu, Najib dikatakan lebih teruk berbanding Mahathir berhubung operasi media.
“Sebalik membebaskan media tradisional dengan membubarkan syarat perlesenan, Najib dan sepupunya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein memilih tindakan agresif bagi mengekang kebebasan media di internet.
“Pindaan akta itu dijangka akan dibentang di Parlimen menjelang Mac ini - keputusan dipercayai ada kaitan dengan cadangan mengadakan pilihan raya umum akan datang.
“Cadangan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan bagi meliputi media online mesti dibantah. Jika tidak, Malaysia akan kembali ke zaman dahulu apabila kerajaan mempunyai monopoli mutlak terhadap kebenaran."
(Grafik dari Malaysiakini)
0 comments:
Post a Comment