Tunisia: Runtuhnya tirani rejim Ben Ali (Video)

13 Safar 1432H - "Apa yang terjadi di Tunisia memberi harapan bagi kita semua bahawa ketakutan bisa diuraikan dan kediktatoran dapat dikalahkan," kata aktivis Tunisia, Mohammed Adel.

Pengusiran Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali, akibat dari protes terbesar oleh rakyatnya. Ianya berikutan protes beberapa minggu rakyat justeru kerana meningkatnya keresahan di kalangan anak muda dan warga lain yang melihat relatif sangat sedikit manfaat dari pertumbuhan ekonomi baru-baru ini di Tunisia.

Dalam perkembangan berkaitan, “PAS mendoakan kemenangan rakyat di Tunisia dan akan mendapat perlindungan Allah SWT,” kata Pengerusi Lujnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad.

Katanya, PAS mengikuti dengan teliti perkembangan di Tunisia dan melahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh rakyat Tunisia yang telah menggulingkan rejim Ben Ali yang merupakan rakan akrab Amerika Syarikat dalam menentang 'terroris Islam'.


“Kekejaman berpuluh-puluh tahun rejim Ben Ali dengan membunuh serta memenjara ribuan para ulama serta para cendekiawan adalah kemuncak kezaliman rejim yang mendapat sokongan kuasa Barat ini,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Tegasnya, rakyat Tunisia dinafikan hak bersuara, kebebasan dan keadilan sepanjang pemerintahan kuku besi Ben Ali.

“PAS yakin dengan kebangkitan rakyat ini akan menjadi pengajaran kepada mana-mana rejim yang zalim dengan menafikan hak serta kebebasan termasuk di Malaysia dan kepada setiap suara rakyat,” ujarnya.



0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger