Jelajah pimpinan KEADILAN usaha bersih imej

28 Safar 1432H - Khabarnya Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan mengadakan program jelajah pimpinan KEADILAN mulai 1 Februari 2011. Program ini dianjurkan oleh Ibu Pejabat KEADILAN dengan kerjasama cabang-cabang parti seluruh negara.

Program pertama bermula dengan dialog dan tweetup bersama Nurul Izzah Anwar dan Nik Nazmi Nik Ahmad di Empire Gallery, Subang Jaya pada jam 4 petang. Pada sebelah malam Ceramah Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia akan diadakan di Taman Sri Manja, PJS 3. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Gobind Singh Deo, Khalid Samad, Nurul Izzah, Tian Chua, Nik Nazmi dan Haniza Talha akan berucap di program tersebut.

Saya melihat program ini sebagai cubaan untuk membersihkan imej KEADILAN yang terpalit semenjak pemilihan kepimpinan pusat Parti Keadilan Rakyat lalu. Ya, sama ada KEADILAN mahu mengaku atau tidak, itulah yang menjadi tanggapan rakyat jelata yang tiada apa-apa jawatan dan kepentingan seperti saya ini.

Kejadian mutakhir ialah kes Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan yang mengumumkan keluar daripada parti itu baru-baru ini. Tidak ketinggalan juga kekalahan calun PAS dari Pakatan Rakyat di PRK DUN Tenang boleh diambil iktibar. Kata orang tua-tua, masakan pokok bergoyang jika tiada angin.

KEADILAN mesti berani bermuhasabah. Jangan ANGKUH! Jangan hanya beretorik tetapi tidak bertindak sewajarnya. Kotakan bagai dikata! (Ah! Ini selalu saya katakan kepada UMNO-BN!)

Dalam pada itu, apakah
Gobalakrishnan jujur dalam kata-katanya berkenaan KEADILAN? Atau pun dia ada agenda tersendiri?

Menurut kenyataan KEADILAN, program jelajah pimpinan itu signifikan memandangkan buat pertama kali Ibu Pejabat KEADILAN memainkan peranan secara langsung dalam penganjuran bersama dengan cabang-cabang. Edaran risalah isu-isu semasa, kaunter pendaftaran pengundi dan keanggotaan akan dibuka semasa program dijalankan.

Program ini akan diteruskan di 30 kawasan Parlimen yang dilihat strategik dan dijangka berakhir pada April 2011.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger