Regim zalim di Malaysia nampaknya sudah menghitung hari (Video)

1 Rabiulawwal 1432H - Sahabat Fecebook Ahmad Shakir menulis, "Baru pulang dari Himpunan Aman Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir. Sesudah himpunan aman selesai, ketika para demonstran sedang bersurai pulang, pihak polis secara keji dan rambang telah menangkap beberapa orang demonstran bagi memenuhi KPI yang telah ditetapkan oleh Rejim Ben Mansor dan Ben Razak. Regim zalim di Malaysia nampaknya sudah menghitung hari. Kejatuhan mereka akan tiba tidak lama lagi."

Harakahdaily melaporkan himpunan itu bagaimanapun dicemari dengan insiden tangkapan dan semburan water canon oleh pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Beberapa petugas Unit Amal PAS dan orang ramai ditangkap di hadapan Masjid Tabung Haji ketika pihak polis cuba menyuraikan himpunan tersebut selepas selesai menyerahkan memorandum.

Polis didakwa menggunakan kekerasan dengan memukul, menyepak dan memaki peserta himpunan dan difahamkan tujuh ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.

PM Najib, ada berani mengutuk regim jahanam Hosni Mubarak?



0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger