Sambutan Maulidur Rasul bukan sekadar ritual – Prof. Dr. Sidek Baba

6 Rabiulawwal 1432H - Sambutan Maulidur Rasul harus disusuli dengan semangat dan pengetahuan agar sambutan itu tidak menjadi ritual semata-mata.

Menurut Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Dato' Dr Sidek Baba, mengingati Rasulullah dan Sirah baginda merupakan sesuatu yang wajar bagi semua umat Islam. Seharusnya umat Islam harus mengingati Rasulullah sebagai Qudwah kepada umat Islam.


Qudwah bermaksud contoh ikutan yang menjadi ikutan masyarakat.
Bagi Prof. Dato' Sidek, masyarakat hari ini sudah jauh daripada konsep Qudwah yang perlu dipegang.

"Masyarakat hari ini lebih memegang konsep diva, idola dan sebagainya. Bagi mereka konsep Qudwah ini sudah terlalu ketinggalan zaman padahal konsep silam itu penting," jelas Datuk Sidek lagi.


Bagi beliau, generasi muda kini sudah dilalaikan dengan budaya popular yang menyimpang daripada sirah Rasulullah. Peranan mengembalikan ingatan mengenai Rasulullah harus bersifat dilaksanakan bagi membina tradisi keilmuan dalam diri masyarakat.


Mendekati remaja bermasalah dan jauh daripada ajaran agama merupakan langkah terbaik dalam membentuk kembali masyarakat agar lebih mendalami Islam dan sirah Rasulullah.


Beliau berkata, bagi memberi kesan kepada remaja, program keilmuan yang ada haruslah diolah dan dibentuk agar selaras dengan jiwa remaja. Program keilmuan yang diwujudkan di media cetak dan elektronik kini tidak hidup di kalangan kita kita.


"Apakah perbuatan yang dilakukan hari ini sama dengan apa yang dilakukan di zaman Rasulullah atau kita hanya mengambil sikap membenci kerana orang lain berbeza pendapat dengan kita?" soal beliau.


Masyarakat hari ini lebih mengenali dan meraikan sambutan Valentine daripada sambutan Maulidur Rasul yang kurang diingati oleh umat Islam.


"Tidak semua di kalangan kita datang daripada keluarga yang mempunyai ilmu agama yang tinggi. Kita sebagai pendakwah seharusnya memainkan peranan mendekatkan diri dengan mereka yang kurang pendidikan agama ini agar dapat membentuk kembali akhlak mereka selaras dengan sunah Rasulullah," jelas beliau lanjut.


Beliau menjelaskan, pelancaran Maulidur Rasul ini harus disusuli dengan semangat kecintaan kepada Allah dan Rasulullah agar sambutannya tidak menjadi satu ritual semata-mata.

-- Oleh Roziyah binti Mohamad Jusob, laman web PTS.

** (Ilustrari buku oleh
Prof. Dato' Dr Sidek Baba)

1 comments:

otaklunyai said...

kat m'sia ni kalau bulan maulud sibuk nak berarak... tah mana punya sunnah dia ikut pun tak tau lah, tapi sunah yang Nabi suruh tak mau ikut malah dicebar dan diperlekeh2kan lagi... sejak dari sekolah ajaran sesat ni diterap kedalam jiwa murid2 generasi muda... sejak disekolah lagi disuruh berarak keliling kampung kononnya sambut maulud... terjerit2 berselawat tapi penghayatan terhadap sunah Nabi yang besar dinafikan malah diejek2... inilah rupanya kalau orang melayu umgok jaga Islam... hanchussss.. sesat lagi menyesatkan...

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger