
Nik Abdul Aziz menambah, antara lain dalam menerangkan ilmu Islam itu termasuklah hal berkaitan politik.
"Politik ini ada dalam agama bukannya boleh dipisahkan," kata beliau sambil menambah fahamam politik lain dan agama lain ini telah disebarkan secara meluas ke seluruh dunia.
"Soalnya benarkah politik dan agama ini berasingan, Nabi Muhammad SAW adalah orang politik yang paling bijak” tambah beliau lagi.
Katanya, apa sahaja manusia buat atas muka bumi ini mestilah merujuk kepada al-Quran dan hadis, oleh itu semua pihak mestilah memainkan peranan penting dalam menyeru umat Islam lain untuk memahami tuntutan agama ini.Sambutan Maulidur Rasul bukan sekadar ritual – Prof. Dr. Sidek Baba
1 comments:
dalam islam mempunyai lima hukum taklif;wajib,halal, haram, sunat,makruh dan harus,apa sahaja kita lakuan samaada perbuatan,percakapan makan minum dan berpolitik semuanya masok dalam lima tersebut oleh itu sesiapa yang berkata politik tak termasok dalam islam kemunkinan dua,pertama jahil dan kedua terkeluar dari akidah sunahwaljamaah.
Post a Comment