Maulidur Rasul: Umat Islam kuat jika dekat dengan Islam

8 Rabiulawwal 1432H - Sejarah membuktikan bahawa umat Islam menjadi kuat serta beroleh kejayaan jika dekat dengan Islam serta mengamalkan ajarannya tetapi membawa keruntuhan apabila menjauh serta tidak lagi mengamalkannya.

Suatu masa dahulu bangsa Arab kuat mengamalkan ajaran Islam dan mereka beroleh kejayaan gilang gemilang hingga kuasa Rom dan Parsi tunduk. Kemudiannya apabila bangsa Arab jauh dari ajaran Islam maka bangsa Kurdis pula yang menggantikan tempat mereka dengan beroleh kejayaan semasa pemerintahan Salahudin al Ayubi.


Kemudian bangsa Kurdis pula jatuh lalu diambil alih bangsa Turki mereka beroleh kejayaan gilang gemilang semasa di bawah pemerintahan Sultan Muhamad al-Fateh yang begitu kuat mengamalkan ajaran Islam. Tetapi akhirnya kerajaan Uthmaniyah yang memerintah dari Turki hingga ke India termasuk Wilayah Balkan d Eropah dan Afrika Utara juga runtuh apabila pemerintah dan rakyatnya tidak lagi kuat mengamalkan ajaran Islam.

(Petikan kata-kata di Facebook oleh Tuan Abdul Latip Talib, penulis novel sejarah Islam)

Berkaitan:
Sultan Muhammad al-Fateh: Seorang ketua dan penakluk bagi tentera & rakyat yang baik
Baca buku sejarah Islam jadi teroris?


0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger