Kebodohan dan ketololan mereka telah membutakan mata hati

18 Rabiulakhir 1432H - “Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya." (Surah al-Baqarah, ayat 9)

Apabila orang-orang kafir atau orang-orang fasik lagi jahat berkomplot, mereka tidak menyedari bahawa apa yang disebutkan dengan kata Allah “mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya”.

Sebenarnya apa yang mereka rancang serta alami merupakan khayalan yang direka supaya diterima oleh mereka, bukan orang lain. Segala komplot yang mereka aturkan hanyalah khayalan yang terbentuk di dalam otak mereka, seperti juga segala perbuatan jahat mereka yang lain. Kebodohan dan ketololan mereka telah membutakan mata hati,, dan menyebabkan mereka lupa bahawa mereka sebenarnya bersendirian dengan Allah. Justeru itu mereka sebetulnya terperangkap di dalam pelan jahat mereka sendiri.

Allah menempelak:

“Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.” (Surah al-Anfal, ayat 30)

Allah menyatakan penyudah yang buruk kepada kejahatan mereka:

"Dan (dengan demikian) mereka telah merancangkan komplot jahat, dan Kami pula rancangkan balasannya dengan seburuk-buruk balasan, sedang mereka tidak menyedarinya. Maka lihatlah bagaimana akibat rancangan jahat mereka, iaitu Kami telah hancurkan mereka dan kaum mereka semuanya," (Surah an-Naml, ayat 50 - 51)

Fikir-fikirkan dan taakul....

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger