Harapan Pakatan Rakyat di Sarawak: Adakah berpijak di bumi nyata?

15 Rabiulakhir 1432H - Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dipetik Bernama sebagai berkata beliau yakin dengan peluang pakatan pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 akan datang.

"Tak mustahil pengundi di sana akan buat perubahan kali ini," kata Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi bin Awang
.

Ini berdasarkan keputusan pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada Mei tahun lepas yang dimenangi DAP, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di kawasan berhampiran Sungai Jerteh, Besut.


Semalam, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan esok.


P/s: Adakah kenyataan Tuan Guru Presiden berdasarkan realiti atau sekadar fantasi? Atau cukup sekadar menyerahkan ini semua kepada Allah? Pastinya Allah Maha Berkuasa, tetapi adakah usaha kita di Sarawak bakal menatijahkan perubahan besar?


Jangan marah dengan pertanyaan saya ini. Kalau berani, sila bagi komen.


2 comments:

azman kamarul said...

Tidak mengapa kita merancang.Mudah-mudahan dengan perancangan tersebut memungkinkan kita berusaha dengan lebih giat lagi...insyallah pejuang Islam yang menegakkan Islam akan sentiasa dimenangi oleh Allah samada dalam kekalahan atau dalam kemenangan.

Jangan terlalu negatif bang tak elok untuk kesihatan...minta maaf kalau menyinggung perasaan tuan..sungguh-sungguh mohon maaf .bukan niat untuk mengajar.

Web Sutera said...

Tuan Azman Kamarul, alhamdulillah. Terima kasih atas komen dan teguran. Saya menerimanya dengan senang hati.

Memang saya sangat mengharapkan sedemikian, iaitu kemenangan pejuang harakah Islam di mana juga di seluruh dunia. Namun saya sebagai manusia lemah dan penuh dosa, saya merasakan kadang-kadang tindakan segelintir pemimpin hanya sekadar retorik, macam UMNO-BN juga.

Maafkan saya juga, tuan.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger