14 Rabiulakhir 1432H - “Januari lalu ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka menyifatkan bahawa Buku Jingga Pakatan adalah populis dan tidak bertanggungjawab, kami dimaklumkan bahawa beliau mengarahkan Unit Perancang Ekonomi untuk meneliti secara halus cadangan Buku Jingga sama ada boleh dilaksanakan atau tidak,” kata Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad yang dipetik oleh Harakahdaily.
Justeru, katanya PKR melihat bagaimana BN melaksanakan satu demi satu dasar-dasar yang menyerupai cadangan Buku Jingga. Ini, ujarnya termasuklah pembekuan dan penurunan kadar tol, insentif untuk guru besar-guru besar dan dasar perumahan negara.
“Malang sekali ketika Najib menciplak Buku Jingga Pakatan secara senyap-senyap, beliau tidak berani untuk menerima cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan dakwaannya bahawa dasar-dasar Buku Jingga adalah populis dan tidak bertanggungjawab.”
Berkaitan: Saya suka Buku Jingga!
Download Buku Jingga di sini.
Teorem Pythagoras: Lebih Dari Sekadar a² + b² = c²
-
Penulis: Ahmad Mustaqim bin Mohd Nazar¹, Yap Yi En² & Abdul Halim Abdullah³
¹’²Pelajar Pra Siswazah, Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi Universiti
Te...






0 comments:
Post a Comment