12 Rabiulakhir 1432H - Saya juga generasi kedua Felda dari Kota Gelanggi 1. Ya, syukur dipanjatkan ke hadrat Allah kerana saya antara anak-anak peneroka yang sudah berjaya. Dapat belajar sehingga ke universiti. Tetapi generasi lain yang agak tercicir, adakah kerajaan dan Felda hanya berlepas tangan?
Hanya mengaut keuntungan berlipat kali ganda, tetapi kebajikan peneroka dan anak-anak terus diabaikan. Sudahlah memerah tenaga ayah dan emak saya, serta ibu-bapa orang lain, dalam masa yang sama MEROMPAK titik peluh mereka!!
KUANTAN, 17 Mac 2011: Kerajaan digesa mengambil serius nasib dan masa depan generasi kedua Felda daripada terlalu berpolitik dengan menjanjikan pelbagai imbuhan dan wang kepada komuniti itu.
Anak seorang peneroka Felda dari Kota Gelanggi 1, Kamarul Hatta Mohamed Ali, 42, berkata, selain peneroka generasi kedua di tanah-tanah rancangan yang berjaya juga sepatutnya diberi banyak peluang supaya mereka tidak berhijrah.
Tambahnya, apabila mereka yang mendapat pendidikan formal dan berkemahiran tinggi tidak diberi ruang akhirnya terpaksa membina kerjaya dan kehidupan di luar Felda sehingga tinggallah generasi kedua yang sesetengahnya bermasalah.
Menurut Kamarul, pengalaman berkempen di kawasan Felda pada pilihan raya kecil (PRK) Kerdau baru-baru ini beliau banyak bertemu generasi kedua dan ketiga yang pulang ke Felda untuk mengundi, rata-rata tidak puas hati kerana tiada peluang pekerjaan di tanah rancangan sehingga terpaksa berhijrah ke ibu kota mencari rezeki dengan meninggalkan ibu bapa yang telah tua.
“Anak peneroka sepatutnya diberi peluang membina kerjaya dalam rancangan Felda seluruh negara melalui peningkatan peluang pendidikan dan kemahiran dengan misi agar pengurusan Felda kelak akan ditadbir oleh anak-anak peneroka.
“Anak-anak peneroka yang telah terbukti berjaya di luar patut dibenarkan lebih ramai bekerja dalam anak-anak syarikat Felda. Apa yang berlaku tidak begitu, contohnya kontrak-kontrak yang diserahkan oleh Felda Plantation dan Technoplant kebanyakannya dijalankan oleh orang-orang luar,” ujarnya.
Tambah Kamarul, akibatnya anak-nak peneroka terpaksa bekerja sebagai kuli kepada kontraktor luar yang mengusahakan ladang-ladang bapa mereka.
Dalam pada itu, beliau meminta semua pihak mengambil berat pendedahan daripada Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan JenayahMalaysia , Tan Sri Lee Lam Thye bahawa kadar jenayah di Felda semakin meningkat setiap hari.
“Isu ini tidak boleh di pandang remeh. Dimana peranan pengurusan Felda di dalam menyelesaikan masalah ini? Sehingga kini tiada satu usaha pun dilihat bagi membendung masalah gejala sosial dan maksiat.
“Tidak adakah rasa simpati dengan sesetengah generasi kedua dan ketiga yang masih terpaksa menumpang sebumbung dengan ibu bapa, walaupun sesetengahnya sudah berkeluarga. Jadi Felda yang sudah maju dengan hasil titik peluh peneroka sepatutnya memberi kemudahan perumahan untuk mereka.
“Bagi menjamin pengeluaran hasil berterusan di samping nasib anak Melayu terbela, anak-anak peneroka patut digalakkan terlibat dalam pengurusan ladang dan persekitaran melalui agihan dan memajukan lot-lot tanah kosong untuk keperluan mereka,” katanya.
Dalam pada itu Kamarul mendesak kerajaan negeri Pahang supaya mempercepatkan proses pemberian geran tanah setelah peneroka menjelaskan bayaran kembali dan menaik taraf penempatan Felda yang telah mendapat hak milik.
Katanya, beliau diberitahu kerajaan Selangor di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah bertungkus lumus menyelesaikan masalah geran kepada peneroka.
--- Laporan oleh Khairil Abdul Rahim, Harakahdaily.
Berkaitan: Apa jadi dengan generasi kedua dan ketiga Felda?
Kembali ke rumah warisan aruah orang tua, bawa balik buah-buahan
Kota Gelanggi 1: Cintaku bersemi di sana
Hanya mengaut keuntungan berlipat kali ganda, tetapi kebajikan peneroka dan anak-anak terus diabaikan. Sudahlah memerah tenaga ayah dan emak saya, serta ibu-bapa orang lain, dalam masa yang sama MEROMPAK titik peluh mereka!!
KUANTAN, 17 Mac 2011: Kerajaan digesa mengambil serius nasib dan masa depan generasi kedua Felda daripada terlalu berpolitik dengan menjanjikan pelbagai imbuhan dan wang kepada komuniti itu.
Anak seorang peneroka Felda dari Kota Gelanggi 1, Kamarul Hatta Mohamed Ali, 42, berkata, selain peneroka generasi kedua di tanah-tanah rancangan yang berjaya juga sepatutnya diberi banyak peluang supaya mereka tidak berhijrah.
Tambahnya, apabila mereka yang mendapat pendidikan formal dan berkemahiran tinggi tidak diberi ruang akhirnya terpaksa membina kerjaya dan kehidupan di luar Felda sehingga tinggallah generasi kedua yang sesetengahnya bermasalah.
Menurut Kamarul, pengalaman berkempen di kawasan Felda pada pilihan raya kecil (PRK) Kerdau baru-baru ini beliau banyak bertemu generasi kedua dan ketiga yang pulang ke Felda untuk mengundi, rata-rata tidak puas hati kerana tiada peluang pekerjaan di tanah rancangan sehingga terpaksa berhijrah ke ibu kota mencari rezeki dengan meninggalkan ibu bapa yang telah tua.
“Anak peneroka sepatutnya diberi peluang membina kerjaya dalam rancangan Felda seluruh negara melalui peningkatan peluang pendidikan dan kemahiran dengan misi agar pengurusan Felda kelak akan ditadbir oleh anak-anak peneroka.
“Anak-anak peneroka yang telah terbukti berjaya di luar patut dibenarkan lebih ramai bekerja dalam anak-anak syarikat Felda. Apa yang berlaku tidak begitu, contohnya kontrak-kontrak yang diserahkan oleh Felda Plantation dan Technoplant kebanyakannya dijalankan oleh orang-orang luar,” ujarnya.
Tambah Kamarul, akibatnya anak-nak peneroka terpaksa bekerja sebagai kuli kepada kontraktor luar yang mengusahakan ladang-ladang bapa mereka.
Dalam pada itu, beliau meminta semua pihak mengambil berat pendedahan daripada Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah
“Isu ini tidak boleh di pandang remeh. Dimana peranan pengurusan Felda di dalam menyelesaikan masalah ini? Sehingga kini tiada satu usaha pun dilihat bagi membendung masalah gejala sosial dan maksiat.
“Tidak adakah rasa simpati dengan sesetengah generasi kedua dan ketiga yang masih terpaksa menumpang sebumbung dengan ibu bapa, walaupun sesetengahnya sudah berkeluarga. Jadi Felda yang sudah maju dengan hasil titik peluh peneroka sepatutnya memberi kemudahan perumahan untuk mereka.
“Bagi menjamin pengeluaran hasil berterusan di samping nasib anak Melayu terbela, anak-anak peneroka patut digalakkan terlibat dalam pengurusan ladang dan persekitaran melalui agihan dan memajukan lot-lot tanah kosong untuk keperluan mereka,” katanya.
Dalam pada itu Kamarul mendesak kerajaan negeri Pahang supaya mempercepatkan proses pemberian geran tanah setelah peneroka menjelaskan bayaran kembali dan menaik taraf penempatan Felda yang telah mendapat hak milik.
Katanya, beliau diberitahu kerajaan Selangor di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah bertungkus lumus menyelesaikan masalah geran kepada peneroka.
--- Laporan oleh Khairil Abdul Rahim, Harakahdaily.
Berkaitan: Apa jadi dengan generasi kedua dan ketiga Felda?
Kembali ke rumah warisan aruah orang tua, bawa balik buah-buahan
Kota Gelanggi 1: Cintaku bersemi di sana
0 comments:
Post a Comment