10 Rabiulakhir 1432H - Pagi ini kita dikejutkan lagi dengan berita letupan ketiga di loji tenaga nuklear Daiichi di Fukushima, Jepun. Mengikut laporan agensi berita Reuters serta The New York Times, letupan di reaktor nombor 2 telah berlaku jam 6:14 pagi waktu Jepun dan kerosakan yang timbul mungkin bersifat lebih kritikal, lalu menyebabkan senario “full meltdown” semakin mungkin berlaku. Reuters menambah bahawa kadar radiasi sekitar loji nuklear tersebut telah meningkat empat kali ganda.

Oleh itu, saya berharap agar pihak Kerajaan Pusat bertindak lebih pantas dan tepat dalam menerangkan situasi sebenar di Jepun serta apakah akibat yang mungkin dialami rakyat Malaysia di Semenanjung, Sabah, dan Sarawak.

Apakah peratusan kemungkinan radiasi dari loji tenaga nuklear ini akan tiba di Malaysia, berdasarkan senario “full meltdown”? Apakah langkah berjaga-jaga yang harus diambil rakyat Malaysia? Adakah Kerajaan Pusat benar-benar bersedia menghadapi situasi pencemaran nuklear yang mungkin terjadi?


Pada masa yang sama, Kerajaan Pusat wajib menghentikan dahulu sebarang perancangan untuk membina loji tenaga nuklear mahupun pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth refinery) di negara ini.


--- Kenyataan akhbar oleh Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Mungkin berkaitan:
Bila Allah murka...

Berkaitan:
Letupan loji nuklear Jepun: Amaran kesan radiasi (video)

Seorang
sahabat FB saya menghantar mesej begini:

A nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4:30 AM today. If it rains tomorrow or later, don't go outside. If you are outside, be sure that you have rain protectors. It's acid rain. Don't let it touch you. You may burn your skin, lose your hair or have cancer. Please pass, stay safe and remind everyone you know.

3 comments:

Web Sutera said...

Krisis di Arab, gempa bumi besar, tsunami dan letupan loji nuklear. Api di mana-mana! Adakah alam bertindak dan murka dengan manusia? Adakah itu petanda akhir zaman dan kiamat kian hampir? Cukuplah kematian itu peringatan untuk Mukmin.

Buana Ini said...

Satu faktor penting perlu diambil perhatian ialah tiupan angin. Buat setakat ini hanya sekitar Jepun sahaja yang terlibat. Namun kesan ke atas bandar Tokyo sudah ada. Rajin-rajin melihat berita terkini.

Menurut pakar nuklear di TV, memang ada kemungkinan kesan radiasi menimpa negara-negara lain. Faktor tiupan angin menjadi kritikal.

Buana Ini said...

Nonetheless, Naoto Kan, the Japan prime minister, warned people within 30km of the Fukushima plant to stay indoors. Low-level radioactive wind from the reactor could reach Tokyo, the Japanese capital, within 10 hours, based on current winds, the French embassy said in a statement on its Japanese-language website on Tuesday.
-------------

Koichiro Genba, Japan's national strategy minister, said there was "absolutely no possibility of a Chernobyl" - a reference to the 1986 explosion at a Soviet reactor which spread radiation over swathes of Ukraine, Belarus, Russia and northern Europe and is estimated by UN agencies to have caused the deaths of thousands of people.

(Reports by Al-Jazeera)

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger