21 Rabiulakhir 1432H - Pihak angkatan muda keadilan selangor meluahkan rasa kecewa dan mengecam tindakan pihak polis yang mengganggu majlis pelancaran Datuk Najib Altantuya (DNA) anjuran Angkatan Muda Keadilan pusat dan KEADILAN Pusat di Taman Melawati 25 Mac yang lepas.
Tindakan ini mengakibatkan kecederaan kepada rakyat yang hadir termasuk wartawan dan pimpinan Angkatan Muda Keadilan. Lebih malang adalah apabila pihak polis bertindak menyalahi undang-undang dengan mengganggu majlis aman ini yang diadakan dikawasan persendirian.
Pihak Polis jelas menunjukkan sikap tidak profesional apabila menyerbu masuk kawasan persendirian ini dan cuba mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim disaat-saat pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun menutup ceramah beliau.
Tindakan seperti ini membuktikan bahawa pihak UMNO-Barisan Nasional yang diketuai oleh Datuk Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor takut kepada kebangkitan rakyat dan kebenaran akan terpancar menutupi fitnah yang cuba ditaburi dalam kes Saiful Bukhari dan Video Seks Datuk T.
Di akhir kenyataan ini, AMK Selangor ingin menyeru agar pihak polis tidak perlu rasa takut dengan arahan dan tekanan pihak pemerintah UMNO-BN. Polis harus bertindak secara profesional dan berkhidmat kepada rakyat, bukan BN.
--- Mohd. Saifullah bin Mohd. Zulkifli, Ketua Penerangan, Angkatan Muda Keadilan Selangor.
Berkaitan: Saya suka Buku Jingga!
Konspirasi seks: UMNO terlibat

0 comments:
Post a Comment