19 Rabiulakhir 1432H - Isu ini sudah lama terkait atau cuba dikaitkan ke batang tubuh manusia ini. Saya sedang mengulang baca buku berjudul Anwar Terjerat: Teori Konspirasi Menjatuhkan TPM Melalui Tuduhan Skandal Seks, tulisan Tuan Ahmad Lutfi Othman, diterbitkan oleh Penerbitan Pemuda, Kuala Lumpur pada September 1997.
Saya sebagai rakyat yang sudah melihat kes liwat pertama yang telah selesai (dan berkubur!) dan kes liwat kedua yang sedang hangat di mahkamah, tetap tidak percaya bahawa sosok tubuh bernama Dato’ Seri Anwar Ibrahim begitu kelakunya. Saya bukan pemuja beliau kerana hanya ALLAH yang selayaknya dipuja, namun saya mengikuti segenap peristiwa berkaitan beliau.
Saya sebagai rakyat yang sudah melihat kes liwat pertama yang telah selesai (dan berkubur!) dan kes liwat kedua yang sedang hangat di mahkamah, tetap tidak percaya bahawa sosok tubuh bernama Dato’ Seri Anwar Ibrahim begitu kelakunya. Saya bukan pemuja beliau kerana hanya ALLAH yang selayaknya dipuja, namun saya mengikuti segenap peristiwa berkaitan beliau.
Sampai sekarang dan mungkin selamanya saya akan terus mengatakan bahawa apa yang terjadi kepada Anwar Ibrahim merupakan satu konspirasi politik bagi membunuh karektor beliau. Memang sejak dahulu Anwar Ibrahim menampilkan karisma sebagai pemimpin. Justeru ramai pihak yang seakan dengki dengan beliau.
Walaupun begitu, bak kata saudara Ahmad Lutfi Othman dalam buku yang saya ulang baca ini:
“Apabila berlaku serangan fitnah ke atas diri kita, muhasabahlah diri, apakah keterlanjuran yang telah aku lakukan sehingga fitnah boleh menimpa diri? Anwar juga tidak terkecuali untuk berbuat demikian.”Saya ulangi membaca buku ini bertujuan mencari sedikit maklumat lama bagi tujuan komentar dan menambah kembali keyakinan untuk diri sendiri.
Siaran akhbar Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat semalam oleh Dato’ Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang dari tiga dalang yang menamakan diri mereka “Dato T” berhubung pembabitan mereka di dalam skandal seks video yang memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Dato’ Eskay menyatakan bahawa dia juga turut dirakam di dalam video tersebut. Ini mengesahkan teori bahawa lelaki yang pada awalnya dilihat sedang mengaturkan sesuatu di dalam bilik dan disyaki bertanggungjawab memasang alat perakam adalah Dato’ Eskay sendiri. Ia juga selari dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Dato’ Johari Abdul semalam bahawa si pelaku tahu perbuatan seks akan dirakamkan kerana pada awalnya dia dirakam bersama-sama seorang lelaki lain yang disyaki sedang menyiapkan peralatan rakaman.
Pengakuan Dato’ Eskay menimbulkan keraguan besar kepada jalan ceritanya iaitu kononnya dia disuruh oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil jamnya yang tertinggal, lalu terjumpa peralatan rakaman semasa mencari jam tersebut.
Jelas bahawa itu pembohongan kerana dia sendiri mengaku bahawa dia adalah lelaki terbabit yang disyaki bertanggungjawab memasang alat rakaman di permulaan rakaman video tersebut. Dakwaannya kononnya dia terjumpa video itu adalah penipuan semata-mata dan tidak masuk akal.
Saya juga mendesak Perdana Menteri (Dato’ Seri Mohd. Najib) sendiri memberi maklumbalas kepada satu laporan bahawa ketiga-tiga orang dalang ini berjumpa dengan Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen untuk berbincang mengenai perkara ini. KEADILAN telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO di pejabatnya di Parlimen petang semalam, maka Perdana Menteri memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang ini dilihat di Parlimen semalam.
Perkara ini menimbulkan tanda tanya yang serius mengenai setakat manakah pembabitan pimpinan kerajaan dalam pembikinan dan penayangan video seks ini, yang melanggar beberapa peruntukan undang-undang secara jelas.
Keengganan kerajaan mengambil tindakan tegas dan segera ke atas semua dalang yang terbabit menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa ada penglibatan pimpinan kerajaan yang serius di dalam konspirasi ini, tidak ubah seperti mana konspirasi tahun 1998 dahulu.
Demi membersihkan namanya dan UMNO, Perdana Menteri perlu membuat kenyataan segera mengenai hasil perbincangannya dengan ketiga-tiga dalang video seks yang memalukan
--- Kenyataan akhbar Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Pengarah Komunikasi PKR, 24 Mac 2011.
Berkaitan: Kebodohan dan ketololan mereka telah membutakan mata hati
Kita bongkar FITNAH TERLAMPAU ABAD INI!!
3 comments:
Awas! Malaysia sedang dipimpin oleh para munafik. Rakyat yang mengaku beriman tetap ada saham kerana telah mengundi mereka. Dulu aku juga adalah ahli UMNO, malah duduk dalam barisan AJK Cawangan. Kini sudah taubat tak mahu aktif lagi. Semoga segala taubatku diterima Allah.
Rakyat dah jelek dengan permainan UMNO/BN nih.
"Manusia memang tidak lepas drpd melakukan dosa termasuk la DS Anwar. Tetapi perjalanan pendakwaan ke atas DS Anwar yg mencurigakan menampakkan yg pertuduhan trsebut spt fitnah yg dirancang. Cam buat satu filem porno. So buat masa ni tak tgk Berita sbb kesian kat anak2 tgk cerita lucah kat berita perdana."
Post a Comment