Ameng, suara demo meme baguh, tapi lupo diri!

8 Jamadilawal 1432H - Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, sepasukan anggota polis yang menyerbu bilik hotel berkenaan dan menjumpai sebuah beg hitam di bawah sofa dan Ameng (Ameng Spring - foto) sedang duduk bersila di lantai berhadapan kerusi itu.

Apabila beg itu dibuka, terdapat satu beg kertas yang telah terkoyak dan di dalamnya terdapat bungkusan plastik berwarna biru lut sinar mengandungi ketulan daun mampat dipercayai ganja.

Semasa serbuan itu, isteri Ameng dan seorang kanak-kanak lelaki, dipecayai anak mereka, turut berada dalam bilik itu. Terdahulu dalam merayu agar dikenakan hukuman yang ringan, peguam Azrul Zulkifli Stork, yang mewakili Ameng, berkata penyanyi itu menyesal atas perbuatannya dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Iffa Sirrhu Samsudin, berkata sebagai seorang yang dikenali umum terutama golongan remaja, kesalahan seperti itu memberi impak tidak baik kepada golongan tersebut.

Beliau memohon mahkamah mengenakan hukuman yang berat agar menjadi pengajaran kepada tertuduh dan juga masyarakat supaya tidak terjebak dengan dadah yang memusnahkan kehidupan.

--- (Laporan BERNAMA)

Berkaitan:
Rocker Ameng Spring gets 8 years' jail, rotan for drug offences

P/s: Tok cukup pitih ko, demo weh? Atau demo make bendo hare tuh? Buat malu oghe Besut!

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger