Ikan patin mengganas di Temerloh!

7 Jamadilawal 1432H - Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, Pahang terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.

Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernama hari in

Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260. "Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur.”

Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh. Bernama difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.

Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.

Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

Mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali, katanya.

Cerita ikan patin: Ikan patin masih berdarah!

P/s: Mahe palehh awok yekk, patin!

3 comments:

bunbinban said...

bkn ikan patin je mahal...makanan di Temerloh antara yg termahal di Malaysia. sape yg dok Temerloh mmg org2 kaya bro...hahaha

Buana Ini said...

Bukan di Kuantan yang paling mahal?

Satu yang pasti, harga barang mentah di Jerantut lebih mahal dari KL. Mengapa?

Anonymous said...

Salam....aku org kuantan....mmg betul kt korang..kt ktn sgt mahal.. Mgu lps aku tanya sparepart keta...harga mitsubishi bagi...RM 1800.. kedai pulak bagi smpai Rm 2900....bodoh punya ktn..sup ekor RM 9.00...kat kl baru RM 5-7.... Halfcut cthnya..bumper keta lancer smpai RM4000....aku tanya mitsubishi baru RM1800....bodoh punya pniagaan..mahu tipu org..sbb tue...kbanyakan org ktn nk cr sparepat pegi KL lagi murah looooooo....
Aku serik tggal di ktn....

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger