Pilihanraya Sarawak: Faktor kekayaan menjadi penentu kemenangan?

4 Jamadilawal 1432H - Harakahdaily memetik AJK PAS Pusat Mohamad Sabu berkata, kesungguhan PAS menyertai pilihan raya Sarawak adalah kerana mahu membela hak rakyat negeri ini yang lebih 20 tahun ditindas BN.

Sambil mengulangi bahawa rakyat sepatutnya menikmati hasil kekayaan negeri, beliau juga mahu rakyat bangkit menghentikan segera kerakusan pemimpin negeri yang mengaut kekayaan negeri.

Rakyat, katanya harus keluar dari belengu kemiskinan dengan menukar kepimpinan negeri ini yang ternyata mengabaikan kebajikan mereka.

"Kita (PAS dan Pakatan Rakyat) datang untuk kembalikan kekayaan Sarawak kepada rakyat Sarawak. Sangat sedih apabila rakyat Sarawak antara paling miskin di Malaysia sedangkan Sarawak ada petroleum.

Dalam pada itu, daripada antara negeri termiskin, BN Sarawak berjanji dalam manifesto pilihanraya kali ini bagi menjadikan bumi kenyalang sebagai negeri terkaya di Malaysia.

P/s: Siapa yang terkaya? Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan kroni-kroninya atau rakyat Sarawak? Fikir-fikirkan bersama kerana sudah jelas di depan mata.

Dalam perkembangan berkaitan, PAS menyifatkan sembilan teras dalam manifesto BN Sarawak yang dilancarkan sebagai 'meratib lagu lama' yang gagal dilaksanakan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, manifesto tersebut hanya tidak lebih untuk cuba memperbodoh rakyat negeri Sarawak untuk sekalian kalinya bila tiba waktu pilihanraya.

"Janji mereka itu terlalu asas yang sepatutnya telah diselesaikan lama apatah lagi hasil negeri Sarawak sangat banyak.

"Namun penderitaan rakyat masih berterusan. Saya lihat infrastruktur di negeri ini seperti 20 tahun ke belakang," katanya.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger