Slogan PAS Ganti UMNO tidak sesuai

17 Jamadilawal 1432H - Slogan dan gerak kerja yang dinamakan 'PAS Ganti UMNO' tidak sesuai. Pada hemat saya, walaupun matlamatnya sangat murni, tetapi menggunakan kosa kata 'ganti' amat tidak bersesuaian.

Saya bimbang rakyat Melayu yang menyokong perjuangan Islam khasnya dan bangsa lain amnya akan memberikan persepsi berbeza.


Mengapa perlu PAS mengganti UMNO? PAS semestinya jauh lebih baik dari parti perkauman UMNO. Kalau menggunakan kosa kata 'ganti' sahaja, apa bezanya PAS berbanding UMNO?

Sekali lagi saya katakan slogan 'PAS Ganti UMNO' tidak relevan. Saya berharap kepemimpinan PAS mesti lebih bijak dalam melaksanakan apa jua gerakan bagi mempastikan UMNO tidak perlu diganti semata-mata.

Yang perlu ialah PAS menjadi peneraju Malaysia dan semestinya bukan sekadar menggantikan UMNO yang bobrok!

Isi sudah okey, slogan yang kurang tepat!

Saya tersilap? Sila betulkan.

3 comments:

Anonymous said...

Tepat sekali komen ini.Slogan ini diilhamkan oleh "kuda-kuda tua" pimpinan PAS Trengganu.Tak salahkan mereka sebab otak dah kering.

Anonymous said...

Kt motor aku ada sticker yg aku buat sndiri "Pakatan Rakyat Ganti Barisan Nasional"..

Bg aku slogan ni lbh sesuai..

Anonymous said...

Btul jgk tu, skurang2nya dpt mempromosikan PR dan Pas juga dilihat bersama dgn PR, baru ada skill nk menang Sarawak.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger