28 Rejab 1432H - Pak Teh mengira harga dan tawar menawar terjadi, dan duit not merah bertukar tangan lagi. Saya dapat rezeki Allah. “Boleh beli buku,” monolog saya di dalam hati.
Ikan yang selebihnya masih banyak. Mak Teh masak gulai lemak cili padi. Fuh! Saya makan nasi berlaukkan ikan haruan segar masak lemak cili padi malam itu bersama Mak Teh, Pak Teh dan dua orang anaknya (sepupu saya). Tiga pinggan nasi saya belasah. Mak Teh hanya tersenyum melihatnya. Ikan keli dipanggang kunyit atau digoreng garing. Ikan haruan selebihnya dibuat pekasam.
Saya sudah membuktikan kepada orang kampung bahawa teori umpan tauk atau lampung tidak dimakan ikan ketika di awal banjir atau hujan lebat salah. Saya cukup gembira dengan eksperimen tersebut.
Itulah berfikir gaya Champion! LAGI >>
** Siri saranan Berfikir Gaya Champion bermatlamatkan untuk menginspirasikan pembaca daripada contoh-contoh nyata dan tersirat yang dikemukakan. Saya berhasrat menerbitkannya dalam bentuk buku. Sekiranya ada penerbit yang berminat atau turut terinspirasi dengan idea ini, saya alu-alukan bagi menghubungi saya. Penulis bersedia berkongsi idea dan pengalaman, serta menadah nurani bagi menerima cadangan dan ujana.

0 comments:
Post a Comment