22 Rejab 1432H - Ramai rakyat Malaysia yang kini tidak lagi berkemampuan membeli rumah yang sesuai terutamanya bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Harga rumah terus meningkat secara berterusan sedangkan purata kenaikan gaji rakyat Malaysia adalah lebih rendah sehingga menyukarkan rakyat Malaysia memiliki sebuah kediaman yang sesuai dengan keperluan mereka.
Bagi mereka yang berjaya membeli rumah pertama, mereka terpaksa berdepan pula dengan risiko hutang yang berpanjangan apabila projek rumah yang dibeli akhirnya terbengkalai. Keadaan ini memburukkan lagi nasib pembeli dari golongan berpendapatan rendah kerana mereka terpaksa membayar pinjaman rumah sementara masih menyewa. Ramai dari mereka akhirnya tidak mampu meneruskan bayaran pinjaman rumah dan disenaraihitamkan dari mendapat pinjaman di masa hadapan. Bagi mereka ini, memiliki rumah yang sesuai menjadi satu kemustahilan.
Statistik terkini dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menunjukkan bahawa sehingga 31 Disember 2009, terdapat 115,788 unit rumah yang tidak siap melibatkan 492 projek di seluruh negara. Walaupun ada beberapa langkah di peringkat persekutuan dan negeri untuk memulihkan projek-projek ini, ia tidak dapat menyelesaikan masalah projek perumahan terbengkalai kerana struktur industri perumahan tidak banyak berubah.
Pakatan Rakyat percaya campur tangan yang berterusan diperlukan untuk memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai yang sedia ada. Namun, beberapa langkah proaktif juga diperlukan untuk melindungi rakyat dari risiko keberhutangan akibat rumah terbengkalai; apatah lagi dalam suasana harga barang naik dan gaji rendah yang semakin menekan rakyat.
Beberapa langkah boleh dilaksanakan di peringkat negeri termasuklah kemudahan untuk mendapatkan kelulusan perancangan dari pihak berkuasa tempatan dengan cepat bagi projek-projek yang dibina di bawah konsep ini. Anak-anak syarikat yang terlibat dalam industri perumahan juga boleh diminta melaksanakan projek di bawah konsep ini mengikut sasaran yang ditetapkan kerajaan negeri.
Isu ini akan dibawa ke dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat akan datang untuk mencari konsensus bahawa negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat akan menggalakkan pembinaan rumah di bawah konsep “bina dan jual” secara berperingkat, agar industri perumahan dapat membiasakan diri untuk melaksanakan konsep ini sepenuhnya dalam masa terdekat.
Pakatan Rakyat mengakui bahawa masih terdapat beberapa isu pokok yang perlu diselesaikan sebelum konsep “bina dan jual” ini boleh dilaksanakan sepenuhnya. Keperluan mendesak melindungi hak pembeli mesti diseimbangkan dengan langkah-langkah memastikan harga rumah tidak naik mendadak atas alasan kos pembiayaan projek yang lebih tinggi di bawah konsep ini.
Pelaksanaan konsep ini juga perlu mengambil kira keperluan nasional untuk menjamin keterlibatan pemaju-pemaju yang lebih kecil; dengan memastikan mereka juga diberi ruang untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan projek pada kadar yang berpatutan.
Semua ini memerlukan peralihan sikap dan struktur dalam industri perbankan dan perumahan, yang hanya boleh dicapai jika kerajaan persekutuan ada kemahuan politik.
Sementara itu, Pakatan Rakyat akan menumpukan kepada langkah-langkah di dalam bidang kuasa dan pengaruhnya yang boleh dilaksanakan segera untuk melindungi hak pembeli rumah.
--- Oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, 24 Jun 2011.

0 comments:
Post a Comment