30 Jamadilakhir 1432H - Hati saya senang mengetahui perkembangan sangat positif ini. Kalau sebelumnya saya kerap gundah, takut dan bimbang tanah yang saya duduki akan diambil (dirampas?) oleh kerajaan demi kononnya sebuah pembangunan di Selangor, kini saya lena tidur. Syabas, terima kasih dan tahniah, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Baca berita di bawah dari Selangor Kini Online. Untuk seluruh rakyat Selangor, pastikan dalam PRU ke-13 dan seterusnya, kita kekalkan kemenangan calun-calun PAS, PKR, DAP dan sebarang parti lain yang menganggotai Pakatan Rakyat. Nyahkan hagemoni rakus dan busuk UMNO-BN yang sudah lama menindas rakyat.
Untuk seluruh rakyat Malaysia, sampai bila tuan, puan dan cikpuan mahu biarkan kerakusan UMNO-BN terus menjahanam dan merobek-robek hak dan jiwa?
Baca berita di bawah dari Selangor Kini Online. Untuk seluruh rakyat Selangor, pastikan dalam PRU ke-13 dan seterusnya, kita kekalkan kemenangan calun-calun PAS, PKR, DAP dan sebarang parti lain yang menganggotai Pakatan Rakyat. Nyahkan hagemoni rakus dan busuk UMNO-BN yang sudah lama menindas rakyat.
Untuk seluruh rakyat Malaysia, sampai bila tuan, puan dan cikpuan mahu biarkan kerakusan UMNO-BN terus menjahanam dan merobek-robek hak dan jiwa?
SHAH ALAM 1 JUN - Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini meluluskan ‘Skim Pemilikan Kediaman Persendirian’ yang bertujuan memudahkan rakyat Selangor memiliki kediaman dengan bayaran premium yang fleksibel, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut Abdul Khalid, skim yang berkuatkuasa hari ini 1 Jun 2011 adalah hasil kajian bersama pejabat tanah dan galian, pejabat daerah, dan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang dijangka dapat melengkapkan Skim Pemberian Geran yang bermula sejak tahun lepas.
Kajian dibuat setelah Kerajaan Negeri mendapati bahawa tidak ramai rakyat Selangor dapat menikmati sepenuhnya skim pemberian geran kerana tidak mampu membayar premium.
“Melalui skim ini, rakyat yang tidak mampu menjelaskan keseluruhan premium tanah boleh menjadi pemilik hartanah yang sah dengan hanya membayar bayaran sejumlah RM1,000. Mereka yang memilih cara ini perlu menjelaskan keseluruhan premium (mengikut harga semasa) jika hartanah itu dipindahmilik, dipajak atau digadai.
Skim ini juga memberi peluang kepada mereka yang membayar premium penuh dalam tempoh enam (6) bulan daripada tempoh notis dikeluarkan untuk diberikan diskaun sebanyak 30% secara automatik,” katanya.
Tambah Abdul Khalid, skim ini boleh dipakai untuk permohonan pemberimilikan baharu, pemberimilikan disebabkan oleh tamat tempoh pajakan, lanjutan tempoh pajakan dan pemutihan langgar syarat kegunaan tanah. Bagaimanapun pindahmilik melalui mahkamah, turunmilik dan perwarisan adalah dibenarkan.
Skim ini hanya ditawarkan kepada satu pegangan hak milik kediaman persendirian sahaja dan tidak boleh dipakai untuk hartanah komersil.
Inisiatif ini adalah satu reformasi oleh pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor bagi menyelesaikan masalah rakyat dalam pemilikan hartanah. Ini adalah kali pertama sebuah kerajaan negeri di Malaysia memperkenalkan skim mudah bayar demi menggalakkan pemilikan harta persendirian.
“Kerajaan negeri berharap ianya dapat menolong mengurang beban rakyat yang berdepan dengan kos sara hidup yang makin meningkat, terutamanya dengan peningkatan harga minyak dan elektrik.
Skim ini juga akan menggalakkan rakyat menjelaskan bayaran premium khususnya bagi mereka mengekalkan pemilikan apabila mereka memperbaharui pemilikan atau menyambung pajakan tanah mereka,” katanya.
Menurut Abdul Khalid, ini akan meningkat bilangan pemilikan hartanah di Selangor sekaligus menaikkan pendapatan negeri melalui hasil cukai tanah yang perlu dijelaskan setiap tahun dan skim ini akan dilancarkan sepenuhnya pada tarikh yang akan diumumkan kelak.
“Sebelum ini, kita telah memperkenalkan skim pemberian geran dengan memperbaiki sistem pemilikan tanah di mana pejabat daerah akan mengenalpasti rakyat yang tinggal di tanah TOL (temporary occupancy license) lebih dari 10 tahun untuk diberi hakmilik kekal dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Kerajaan juga memperkenalkan pusat maklumat tanah bersepadu yang membolehkan pemilik tanah memeriksa dan mengemaskini status, lokasi dan hal-hal lain yang berkaitan urusan tanah,” katanya.
0 comments:
Post a Comment