BANGKOK, 4 Syaaban 1432H -: Parti pembangkang Pheu Thai memenangi pilihan raya umum ke-26 Thailand dengan majoriti tipis, meraih 264 dari sejumlah 500 kerusi Parlimen.
Menurut keputusan tidak rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bekas parti memerintah, Demokrat hanya mendapat 160 kerusi. Pheu Thai meraih tambahan 78 kerusi sementara Demokrat kehilangan 12 kerusi berbanding kedudukan sebelum pembubaran Parlimen.
Kali ini Bhumjaithai merangkul 34 kerusi, Chart Thai Pattana 19 kerusi sementara parti kecil seperti Palong Chan dan Chart Pattana Puea Pandin masing-masing tujuh kerusi.
Rak Thailand memenangi empat kerusi, Matubhum dua dan masing-masing satu kerusi bagi parti Mahachon, Demokrat Baru dan Rak Santi.
Jumlah tidak rasmi keluar mengundi ialah 65.99 peratus dengan 30,987,801 pengundi membuang undi dari sejumlah 47.3 juta pengundi yang layak.
Suruhanjaya pilihan raya Thailand mempunyai tempoh hingga 2 Ogos untuk mengesahkan keputusan.
(Foto: Adik yang bakal menjadi perdana menteri Thailand wanita pertama)
** Berita asal dari SelangorKini online
P/s: Angin bertiup kencang ke sempadan Malaysia, BERSIH atau tidak! Perubahan, insya-Allah. Ramai yang menjangkakan parti Taksin bakal memenanginya. Rakyat Thailand memang berani, selepas satu demi satu perubahan. Namun rakyat Malaysia menjunjung pilihanraya bersih dan adil, dan kita tidak mahu sebuah kerajaan yang korup. Juga tidak berhasrat untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada dengan kaedah demontrasi.

0 comments:
Post a Comment