Betapa murahnya Ombak Rindu!

Komen filem Ombak Rindu dari rakan sepembacaan dan segelandangan saya, Tuan Zonan Villa. "Nan dapat menyimpulkan betapa murahnya harga air mata rakyat Malaysia hari ini. Dengan bermodalkan RM10 atau RM15, dengan mudah air mata itu mengalir. Pengajaran yang tidak membina minda. Filem yang terus menerus menghanyutkan bangsa kita di kancah emosi dan perasaan."

Perdebatan dan diskusi ini juga pecah semasa makan tengah hari nasi Padang di Desa Pandan di satu hujung minggu.
(Baca di sini untuk gebang penuh)

Namun begitu apakah pengajaran yang dapat mereka dapat setelah menonton filem itu? Ya kita akan dapat dengar jangan pukul perempuan, hargai cinta perempuan dan lain-lain alasan yang mendayu-dayu. Sebab itulah Nan tidak menonton filem Ombak Rindu.

Saya bangkitkannya justeru sama senada seirama. Kita pernah bergocoh dengan isu ini. Demi anak bangsa, supaya jangan hanyut dengan air mata akan hal remeh-temeh. Sedangkan banyak lagi perkara BESAR yang semestinya difikirkan.


Komen sahabat Tuan Resmanshah Syakur, "
Aku bukan alim, jauh sekali malaikat. Aku juga manusia hina, tetapi bukankah seeloknya air mata itu kita hadiahkan kepada penyesalan segala dosa dan ingatan jasa dan pengorbanan Rasulullah dan para sahabat."

Kata Tuan Rohidzir Rais pula, "
Selepas institusi pondok dan Tuan Guru dilanyak dan dihina sehina-hinanya dalam Tahajud Cinta, kini Islam sekali lagi 'diperkosa' dan dilanyak ke tahap paling hina dalam OMBAK RINDU. Sampai bila ISLAM terus dilacurkan di tangan orang seni, dan berapa lama lagi kita mahu memberikan sokongan?"

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger