Berfikir Gaya Champion: Nabi Muhammad mengasihi kucing

5 Syaaban 1432H - Banyak hadis dari Nabi Muhammad bin Abdullah (Sallallahhu’alaiwasallam) memberi amaran kepada sesiapa yang memperlakukan seekor kucing secara kejam dan tidak berperikemanusiaan. Salah satunya ialah dari sahabat Nabi Muhammad bernama Abdullah yang melaporkan Rasulullah telah bersabda:

“Seorang wanita telah diseksa Allah pada hari kiamat lantaran dia mengurung seekor kucing sehingga kucing itu mati. Kerana itu Allah memasukkannya ke dalam neraka. Kucing itu dikurungnya tanpa diberi makan dan minum dan tidak pula dilepaskannya supaya ia dapat menangkap makanannya yang terdapat di bumi
.” (Hadis direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

Sejarah telah mencatatkan bahawa Nabi Muhammad sendiri memiliki kucing peliharaan baginda. Kucing Rasulullah bernama Mueeza. Setiap kali baginda menerima kehadiran tetamu di rumah, baginda memegang Mueeza dan diribanya di atas paha. Nabi Muhammad berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyanyangi keluarga sendiri.

Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi Muhammad suka ialah si kucing itu akan mengiau-giau setiap kali mendengar azan dikumandangkan. Mueeza mengiau seolah-olah seperti turut mengucapkan laungan panggilan bersembahyang itu.


Kucing peliharaan Nabi Muhammad itu manja dengan baginda dan baginda juga memanjakannya. Pernah di suatu peristiwa Nabi Muhammad mahu mengambil jubahnya, namun Muezza masih tidur di atasnya. Baginda pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya kerana tidak sampai hati untuk membangunkan kucing itu.


Tanda kasihnya Muezza kepada tuannya ialah apabila Nabi Muhammad pulang ke rumah, Muezza terbangun dan menunduk kepada Nabi Muhammad. Sesuai dengan sifat kasih sayang dan penyantun Nabi Muhammad, baginda lantas menggosok lembut badan Muezza.


Nabi Muhammad berkata melalui beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidak najis. Malah baginda membenarkan wuduk diambil dari air bekas minuman kucing kerana ianya suci. Abu Qatadah melaporkan Nabi Muhammad berkata, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah.” (Hadis direkodkan oleh At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Daud dan Ibnu Majah)


Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Muhammad pergi ke Bathhan, iaitu suatu daerah di Madinah. Lalu baginda berkata,
"Ya Anas, tuangkan air wuduk untukku ke dalam
bejana." Lalu Anas menuangkan air itu. Kemudian Nabi Muhammad menuju ke bejana tersebut. Dalam masa yang sama, seekor kucing datang dan menjilat air dalam bejana itu. Melihat itu, Nabi Muhammad berhenti sehingga kucing tersebut berhenti minum lalu baginda berwuduk. Nabi Muhammad ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

Isteri Nabi Muhammad, Aisyah binti Abu Bakar juga ada cerita tersendiri berkenaan kucing. Daud bin Shalih At-Tammar dan ibunya menceritakan bahawa budak suruhannya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika dia sampai di rumah Aisyah, ternyata Aisyah sedang bersembahyang. Lalu Aisyah memberikan isyarat supaya menyimpannya di suatu tempat.


Setelah Aisyah selesai bersembahyang, beliau lupa pada bubur tadi. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika beliau melihat bubur tersebut sudah dimakan sedikit oleh kucing, Aisyah membersihkan bahagian yang disentuh kucing itu, dan beliau memakan bahagian yang tertinggal.


Rasulullah berkata,
"Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling."
Aisyah pernah melihat Rasulullah berwuduk dari sisa jilatan kucing. (Kisah dari hadis ini direkodkan oleh Al-Baihaqi, Abdul Al-Razzaq dan Al-Daruquthni).

Dalam buku Sunan Abu Daud ada direkodkan cerita perihal kucing berkaitan. Daud Ibnu Salih Ibnu Dinar At-Tammar berkata bahawa ibunya telah melihat seorang perempuan menghantar sejenis bubur kepada Aisyah yang sedang mendirikan sembahyang. Aisyah mengisyaratkan supaya diletakkan di bawah. Kemudian seekor kucing datang dan makan sedikit bubur tersebut. Setelah Aishah usai bersembahyang, beliau makan bubur yang sudah dijilat oleh kucing itu.


Salah seorang sahabat Nabi Muhammad yang terkenal ialah Abu Hurairah. Nama Abu Hurairah itu bukannya nama sebenar beliau kerana itu ialah gelaran yang diberikan oleh baginda. Makna Abu Hurairah ialah bapa kucing. Nabi memberikan gelaran kepada sahabat baginda kerana Abu Hurairah sangat mengasihi kucing.


Ceritanya begini. Dalam suatu peristiwa, seorang sahabat Nabi Muhammad bernama Abdul Rahman bin Sakhar menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanan menuju ke Masjid Nabawi berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu diambil dan diletakkan ke dalam baju besar beliau.


Sebaik sahaja Abdul Rahman bin Sakhar tiba di masjid, Nabi Muhammad ternampak sesuatu di dalam jubahnya, lantas bertanya, “Apa dalam bajumu?” Dia menjawab, “Seekor anak kucing yang kehilangan ibu, saya mengambilnya kerana kasihan kepadanya.” Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).


Gelaran bapa kucing tidak sedikit pun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman bin Sakhar, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya dipanggil atau disebut. Ini kerana yang memberikan gelaran itu ialah Nabi Muhammad, seorang nabi dan rasul Allah yang terakhir. Dengan gelaran Abu Hurairah itu juga ianya mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya ketika mengambil kisah akan nasib seekor anak kucing yang kehilangan ibu.


Nota: Mengasihi binatang seumpama kucing merupakan saranan Berfikir Gaya Champion dari Nabi Muhammad bin Abdullah
(Sallallahhu’alaiwasallam). Jom amalkannya, insya-Allah.

Berkaitan:
Berfikir Gaya Champion (1): Sebesen ikan keli dan haruan

Berfikir Gaya Champion (2): Menyahut cabaran menjadi Champion bagi Jaring Internet Magazine

Berfikir Gaya Champion (3): Saya maafkan tuan


** Siri saranan
Berfikir Gaya Champion bermatlamatkan untuk menginspirasikan pembaca daripada contoh-contoh nyata dan tersirat yang dikemukakan. Saya berhasrat menerbitkannya dalam bentuk buku. Sekiranya ada penerbit yang berminat atau turut terinspirasi dengan idea ini, saya alu-alukan bagi menghubungi saya. Penulis bersedia berkongsi idea dan pengalaman, serta menadah nurani bagi menerima cadangan dan ujana.


** Hakcipta Terpelihara 2011
Web Sutera atau Hizamnuddin Awang. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.

Pilihanraya Thailand: Parti pembangkang Pheu Thai menang

BANGKOK, 4 Syaaban 1432H -: Parti pembangkang Pheu Thai memenangi pilihan raya umum ke-26 Thailand dengan majoriti tipis, meraih 264 dari sejumlah 500 kerusi Parlimen.

Menurut keputusan tidak rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bekas parti memerintah, Demokrat hanya mendapat 160 kerusi. Pheu Thai meraih tambahan 78 kerusi sementara Demokrat kehilangan 12 kerusi berbanding kedudukan sebelum pembubaran Parlimen.

Kali ini Bhumjaith
ai merangkul 34 kerusi, Chart Thai Pattana 19 kerusi sementara parti kecil seperti Palong Chan dan Chart Pattana Puea Pandin masing-masing tujuh kerusi.

Rak Thailand memenangi empat kerusi, Matubhum dua dan masing-masing satu kerusi bagi parti Mahachon, Demokrat Baru dan Rak Santi.

Jumlah tidak rasmi keluar mengundi ialah 65.99 peratus dengan 30,987,801 pengundi membuang undi dari sejumlah 47.3 juta pengundi yang layak.

Suruhanjaya pilihan raya Thailand mempunyai tempoh hingga 2 Ogos untuk mengesahkan keputusan.

(Foto: Adik
Thaksin Shinawatra yang bakal menjadi perdana menteri Thailand wanita pertama)

** Berita asal dari
SelangorKini online

P/s: Angin bertiup kencang ke sempadan Malaysia, BERSIH atau tidak! Perubahan, insya-Allah. Ramai yang menjangkakan parti Taksin bakal memenanginya. Rakyat Thailand memang berani, selepas satu demi satu perubahan. Namun rakyat Malaysia menjunjung pilihanraya bersih dan adil, dan kita tidak mahu sebuah kerajaan yang korup. Juga tidak berhasrat untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada dengan kaedah demontrasi.

1 Syaaban 1432H - The independent” expert panel of IAEA (IAEA Panel) has released its report to the public yesterday.

Save Malaysia said earlier that there won’t be any surprises when the report recommended further measures to strengthen the safety measures to be adopted at the Lynas Advanced Materials Plant at Gebeng before Lynas is given the license to operate.

The contents of the report proved us right. It also vindicated our stand not to submit any memorandum to the IAEA panel earlier on during its sittings in Hyatt Kuantan as we were of the opinion that the scope of reference under which it was to operate would not do justice to the issue of LAMP.

Though the IAEA Panel has made 11 recommendation to be fulfilled by Lynas before it can start to operate, we are still of the opinion that the LAMP should not have been built in the first place. We still maintain the stand that it should not be allowed to operate anywhere in Malaysia and not just at Gebeng!

We know that the LAMP is sited in a reclaimed swamp and today it is still surrounded by swamps. The IAEA report did not take into consideration the nature of its site. Studies by other factories occupying the area has found that the water table level is hardly 1 meter below the surface. With such a waterlogged area, it definitely is NOT the place to site a factory that produces radioactive wastes in such large quantities and have it stored next to the factory. This is one area the IAEA report did not cover as the panel of experts were “whisked through the factory in a single morning, partly because of security concerns about protesters outside the refinery gates” (according to the NY Times.)

The IAEA panel came to the conclusion that not enough information were made available to the stakeholders and there was lack of public involvement in monitoring potential radiological impacts on the people and the environment.

It also underlined the low level of trust by the public on the competence , integrity and impartiality of AELB. It commented that ‘there was a clear indication from the public submissions that information was hard to find and that the mainly one way communications did not meet the increased information needs of the public.’

The RIA report was prepared by Nuclear Malaysia based on data supplied by Lynas. This is totally unacceptable as there is an obvious conflict of interests. Just as in the recent report by New York Times, engineers who had worked in the construction of LAMP had revealed that there are design flaws and non compliance of good engineering practices. And all these issues were not addressed specifically in the IAEA Report.

All these discrepancies have put the entire population of Gebeng, Balok, Kemaman and Kuantan at greater risks to exposure of hazardous radioactive wastes.

We called upon the government to investigate the veracity of the NYT report and to put a stop to the LAMP project before irreparable threats to health and economic disasters descend upon the people here.

-- By Steve Hang, Save Malaysia.

** We provide catering services for the following; courses, training and seminar, product launching, PR events, birthdays, parties, family day, doa selamat, wedding, etc. Varieties of menus are available; Malay dishes, Chinese & Indian style & Western.

Apa perangai keldai?

29 Rejab 1432H - Malangnya, permulaan era Pembaharuan Eropah juga merupakan saat gelap zaman kemunduran sains Islam. Ini kerana wujud konflik antara ahli-ahli agama dengan saintis, sama seperti pertentangan yang ada di kalangan Kristian sebelum era pembaharuan. Dan lebih malang lagi wujudnya pendapat bahawa pengkajian saintifik adalah unsur-unsur barat yang harus ditentang. Pegangan ini masih lagi melingkari segelintir masyarakai Islam sehingga kini.

Sebab itu Nabi Muhammad bin Abdullah
(Sallallahhu’alaiwasallam), insan termulia dan contoh teladan sepanjang usia buana, mengatakan ilmu pengetahun itu ialah hikmah milik para Mukmin yang tercicir.


BACA LAGI >>


Karnival Seni Budaya Kelantan 2011

(1) Karnival kebudayaan dan kesenian.
(2) Festival batik, songket dan kraf.
(3) Pesta makanan Kelantan (Fuh! Jange manih sangat wehh,.. :-) )

Halal Food & Catering Services: Lusiana Catering

Copyright © 2010 - Buana Ini - is proudly powered by Blogger