
Kami yakin saman tersebut tidak ada asas dan bersedia untuk bertemu di mahkamah pada bila-bila masa sahaja. Untuk tujuan itu, kami telah melantik satu pasukan peguam yang terdiri daripada Ranjit Singh, Sivarasa Rasiah, N Surendran dan Gopal Sreenevasan.
Kesempatan bersemuka di mahkamah dengan Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan NFC ini akan digunakan sepenuhnya untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai penyelewengan NFC; termasuk dokumen-dokumen rasmi yang boleh membantu memberikan gambaran sebenar bentuk urusan dan penyelewengan yang berlaku di dalam NFC.
Kami juga bersedia untuk memanggil saksi-saksi penting yang bertanggungjawab membuat keputusan bersabit NFC di semua peringkat kerajaan dan pihak-pihak lain bagi membantu merungkai skandal besar negara ini.
Oleh sebab itulah, kami mengalu-alukan saman yang dikemukakan oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil ini kerana ia memberi peluang untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting yang kini tersembunyi dari pengetahuan rakyat.
-- Puan Hajjah Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita Keadilan.
-- Mohd. Rafizi Ramli, Pengarah Strategi Keadilan.
0 comments:
Post a Comment