Negara Haram Israel: Teguran Tuan Guru Nik Aziz Wajar – SAMM Johor

Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor) berpendirian bahawa nasihat Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia berhubung isu Israel adalah bertepatan dan wajar.

SAMM Johor melihat kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu boleh mengundang kemarahan majoriti masyarakat Muslim bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia, malahan negara Haram Israel ini tidak harus diiktiraf sama sekali apatah lagi diberi perhatian aspek keselamatannya. Sebagai seorang pemimpin yang lama bergelut dalam dunia politik, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya prihatin dan sensitif terhadap sebarang kenyataan yang ingin dikeluarkan agar tidak mengguris hati pihak lain.


Hal ini adalah kerana negara Rejim Israel tertegak secara haram di bumi Palestin sambil menyaksikan titisan darah jutaan rakyat Palestin yang tidak berdosa, selain kezaliman dan jenayah kemanusiaan berterusan Rejim Zionis Israel terhadap rakyat awam Palestin perlu diambil berat. Atas dasar ini, maka SAMM Johor berpendapat Malaysia seharusnya tidak mengiktiraf atau mengadakan sebarang bentuk hubungan dengan Negara Israel.


Kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ini juga menafikan segala cakap-cakap kosong cybertroopers UMNO yang selama ini mengatakan bahawa beliau merupakan kuda tunggangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PAS sebagai kuda tunggangan DAP dan PKR. Kenyataan Majlis Syura PAS ini juga membuktikan PAS sememangnya tidak pernah berkompromi dari dasar memperjuangkan Islam yang selama ini menjadi tunjang parti tersebut.

SAMM Johor turut mengambil kesempatan untuk tegas menyelar kerajaan Pemerintah Malaysia hari ini dan syarikat konglomerat Sime Darby yang sanggup menutup mata apabila mengadakan hubungan perdagangan dengan Negara Israel seperti yang didedahkan oleh Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Sdr. Badrul Hisham Shaharin pada minggu lepas
.

Pendedahan ini sememangnya sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini Ahli Parlimen Bakri mewakili DAP, YB Er Teck Hwa telah membangkitkan hubungan dagang Malaysia-Israel dalam persidangan Dewan Rakyat November lepas, namun dinafikan Menteri bertanggungjawab sehingga YB Er Teck Hwa diarah keluar dewan.

SAMM Johor menyeru agar Kerajaan Pemerintah dan juga syarikat-syarikat konglomerat Malaysia untuk menghentikan serta-merta hubungan perdagangan yang telah terjalin selama ini supaya reputasi Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat tidak terjejas. Tindakan menghalalkan sikap hipokrit ini seolah-olah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang tunduk dengan tekanan kapitalis Zionis dan Amerika Syarikat.

Akhir, sekali lagi ditegaskan bahawa sokongan SAMM Johor
terhadap gerakan Asalkan Bukan UMNO (ABU) bukanlah cek kosong untuk mana-mana pihak dalam Pakatan Rakyat untuk mengeluarkan sebarang kenyataan atau tindakan yang tidak sensitif terhadap penindasan, kezaliman dan juga jenayah kemanusiaan seperti yang ditegaskan oleh Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebelum ini.

“PEJUANGAN ADALAH PELAKSANAAN KATA-KATA”


-- Ahmad Anwar Asyraf bin Ismail
Penyelaras Negeri, Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor.

** Sebagai negarawan berjiwa besar dan ingin membawa sebuah Malaysia yang lebih baik serta mendukung cita-cita Islam, Datuk Seri Anwar Ibrahim semestinya menerima teguran ini, sekiranya benar beliau mengatakan demikian. Hasrat umat Islam yang menyokong Pakatan Rakyat dan anak muda yang memacu pergerakan perubahan jangan diambil remeh. Tarik balik dan pohon kemaafan segera.

Berkaitan:
Apa cerita, Anwar Ibrahim?

2 comments:

Anonymous said...

Sy sokong klu TGNA mahu DSAI menarik balik statement tu. Atau pun jika benar spt yg DSAI dakwa bhw ianya hanyalah mainan media, maka diharap agar DSAI segera menyaman WSJ

Web Sutera said...

Ya, saudara Tanpa Nama. Itu maksud Tuan Guru dan saya juga, insya-Allah.

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger