Non-muslim tidak perlu tersinggung - Nasrudin Hassan

PAS adalah sebuah Gerakan Islam. Ia bukan cabang politik atau menjadi Lajnah Siasah kepada mana-mana jamaah induk lain seperti Harakah Islamiah Syamilah (HIS) atau lainnya dengan namanya yang baru. Sebaliknya PAS adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk mengambil peranan Gerakan Islam yang berjuang ke arah menegak dan mendaulatkan Islam di atas tanahair tercinta.

PAS adalah sebuah Gerakan Islam yang mendokong cita-cita perjuangan Islam serta objektif pejuangannya menepati kesyumulan Islam, lalu PAS meletakkan orientasi perjuangannya secara seimbang dan sepadu antara Gerakan Tarbiyyah, Gerakan Dakwah dan Gerakan Siasah.


Justeru itu PAS tidak boleh dilihat sebagai sebuah parti politik semata-mata seperti mana parti -parti politik yang lain. Sebaliknya PAS adalah sebuah gerakan atau jamaah induk yang dibawahnya mempunyai pelbagai jabhah atau lajnah seperti Lajnah Tarbiyah, Lajnah Dakwah dan Lajnah Siasah.

Timbalan Presiden PAS adalah jawatan kedua tertinggi yang dipilih melalui muktamar PAS. Sebagai sebuah Gerakan Islam yang pastinya sarat dengan perencanaan untuk memperjuangkan Islam, maka wajiblah pimpinannya terpilih dari kalangan muslim, selain ianya adalah prosedur yang telah ditetapkan oleh perlembagaan parti.

Jawatan Timbalan Presiden adalah antara jawatan tertinggi parti. Ia adalah Jawatankuasa Harian parti dan saf tertinggi selaku pemegang rahsia dan amanah perjuangan Islam yang didokong oleh parti.

Saya tegas meletakkan keseluruhan saf kepimpinan tertinggi di semua peringkat parti atau saf kepimpinan yang menjadi ahli mesyuarat utama dan tetap parti mestilah terdiri dari kalangan muslim kerana PAS adalah Gerakan atau Jamaah Islam, bukan badan kebajikan atau biro politik kepada jamaah tertentu.

Apabila saya menegaskan demikian, bukan bermakna PAS sebagai sebuah Gerakan Islam meminggirkan golongan non-muslim. Jauh sekali untuk mencurigai mereka tanpa sebab dan asas yang jelas. Kerana umum mengetahui bagaimana prinsip dan sikap Islam terhadap non-muslim yang tidak memerangi Islam.

Sekurang-kurangnya kita mempunyai tiga saluran untuk mengekalkan hubungan baik dengan non-muslim.

Pertama: Melalui Tahaaluf Siasi (kerjasama politik) atau sosial yang dibina di atas persamaan tertentu pula tertakluk kepada perjanjian tertentu.

Kedua: Membentuk sebuah organisasi khas non-muslim yang memiliki ketua daripada kalangan mereka sendiri serta bernaung di bawah badan induk parti seperti yang ada pada hari ini iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Ketiga: Memanggil atau mengundang pemimpin non-muslim untuk menyertai mesyuarat tertinggi parti di semua peringkat berdasarkan keperluan. Ertinya bukan sebagai ahli mesyuarat tetap.

Mengisi Jawatan dalam parti seperti PAS sebagai sebuah Gerakan atau Jamaah Islam tentunya berbeza perbahasannya dengan mengisi jawatan dalam kerajaan.

Non-muslim tidak perlu tersinggung apa lagi rasa diperkecilkan apabila tidak masuk senarai wajar mengisi jawatan tertinggi PAS seperti Timbalan Presiden kerana PAS secara analoginya adalah sebuah rumah orang Islam. Justeru ketua keluarga rumah orang Islam tentunya muslim. Adapun hubungan baik dengan non-muslim boleh berlansung dengan pelbagai keadaan yang dibenarkan seperti non-muslim boleh bertandang atau menziarahinya pada masa-masa tertentu atau boleh mengundang non-muslim tinggal berjiran.

--- Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS Pusat.

P/s: Sebagai seorang Muslim yang memahami pejuangan PAS, saya bersetuju dan menyokong penuh pencerahan dan penegasan dari Ustaz Nasrudin Hassan ini.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger