
Saya sangat berharap misi TNB ke atas premis perumahan yang dikatakan dibina di 'wilayah rezab TNB' di sepanjang grid Kg. Pandan ke Ampang East tidak berlaku pilih kasih dan pilih bulu. Saya sudah terbau adanya elemen berkaitan. Saya akan pantau. Jika ada elemen pilih kasih dan bulu, saya akan bongkar
Tanah itu milik negara, milik kerajaan negeri, rezab konglomerat itu dan ini. Akta mengatakan bla, bla, bla.
Di mana hemat sebuah kerajaan maju, sejahtera dan berkebajikan? Retorik tidak mainlah!
Perjumpaan bersama TNB dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada Jumaat lalu (16 Mac 2012) di ofis MPAJ. Dengan angkuhnya pihak TNB memperikan akta dan hak mereka! Sedangkan wakil ofis Exco Selangor dan ADUN Chempaka tidak hadir.
Mempertahankan kemenangan tidak semudah memperolehinya. Demi Allah, saya bukan blogger upahan UMNO, juga bukan menyokong Pakatan Rakyat sehingga membawa rebah. Apa yang saya dan mungkin orang lain di sekitar apa yang dinobatkan oleh 'akta' sebagai 'rezab TNB', ialah keadilan dan tatakelola telus, berhemah dan adil.
1 comments:
Ini kes tidak matang! Kritik sedikit, sudah tidak 'friend' saya dalam Facebook. Aduh! (https://www.facebook.com/iasamad)
Namun tidak mengapa. Sokongan saya tetap kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
Post a Comment