Konstantinopel: Menjulang Panji Jihad (video)



Dalam proses mencari info bagi peperangan pertama armada laut Islam melawan Empayar Byzantine, saya jumpa video ini bagi pertempuran Tiang-Tiang Kapal, tahun 655 Masihi. Tentera Muawiyah bin Abu Sufian melawan tentera Constantine II (atau Constans II). Jejak perwira dalam usaha menakluk Konstantinopel. Allahu-Akhbar!

Sebelumnya: Tahun 648 – 649 Masihi, Kota Konstantinopel.

“Bodoh!” Tempik Maharaja Constantine II di kota Konstantinopel setelah dimaklumkan akan kejatuhan Pulau Cyprus dan Rhodes ke tangan tentera Islam.

“Bukankah pasukan tentera laut kita gagah di lautan? Armada tentera Islam yang masih hingusan itu pun kalian tidak mampu kalahkan. Kalian semua mengetahui perancangan beta untuk mendirikan pangkalan tentera laut Rom di kedua-dua pulau tersebut. Kedudukannya sangat strategik. Ceh! Memalukan! Kita rebut semula walau dengan apa cara sekali pun!”

Maharaja Constantine II meneruskan bebelannya, “Kalian juga harus mengerti bahawa laluan Laut Tengah yang terdapat kepulauan Cyprus, Rhodes, Samos, Chios dan Lesvos adalah perhentian penting bernilai perdagangan kepada Byzantine. Di situ juga banyak bekalan makanan. Tambahan lagi laluan tersebut merupakan jalan perhubungan utama untuk ke Konstantinopel. Bayangkan apa bakal terjadi sekiranya mereka menyerang kota kemegahan ini?”

Seorang demi seorang menerima tikaman tajam sorotan mata maharaja yang sedang menyinga itu. Ramai yang tunduk ke lantai. Tidak berani bertentang mata dengan maharaja mereka.

** Hakcipta Terpelihara Web Sutera.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger