Aidilfitri 1433 H: Mak vs. Mak Mertua

Setiap tahun Ramadan datang, terasa lain macam. Bakal perginya bulan kerahmatan dan cinta Agung Allah ini juga terasa lain macam. "Allah, ampunkan kedua-dua orang tuaku dan hamba-Mu yang banyak dosa ini. Daku takut dengan siksa neraka-Mu."

Rindu hati ini ingin kembali, pada bonda dan ayahanda. Namun takdir itu mustahil dapat digapai oleh daku, hamba Allah yang lemah ini. Bonda, daku merinduimu, sungguh. Ayahanda, pesananmu kusemat erat, "Jangan buta al-Quran."


Baliklah mana-mana belah pihak pun, yang penting tetap orang tua. Jangan jadi anak seumpama si Tanggang yang tidak sedar diri asal usulnya.

Sebangsa, Senegara, Sejiwa. Malaysiaku tercinta. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk semua umat Islam di Malaysia, juga warga Islam seluruh dunia.

Ingat Allah, tadabbur al-Quran.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Copyright © 2013 - Buana Ini - is proudly powered by Blogger