Nostalgia. Pada suatu ketika di waktu kecil, arwah ayah katakan kepada saya, "Dalam al-Quran mahu buat kapal terbang pun ada caranya. Cari sahaja, insya-Allah jumpa."
Waktu itu saya bayangkan dalam al-Quran ada lukisan tatacara membuat kapal terbang. Arwah mengajar saya supaya jangan buta al-Quran. Itu saya fahami setelah sedikit berakal. Moga arwah ayah berada dalam cinta Allah di dunia kekal abadi. Ameen.

“Orang-orang Rom (Byzantine) telah dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. Dalam beberapa tahun (lagi). Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum dan sesudah berlakunya." (Surah ar-Rum, ayat 2 - 4)
Konstantinopel: Menjulang Panji Jihad
September 1908 Masihi, Kota Konstantinopel / Istanbul, Turki
Di rumah Mavi Mirza. Bersama adik perempuannya Sarah Mirza dan isterinya Nuray Ozturk, Mavi Mirza menerima kehadiran tetamu sahabatnya Grisham Gale dan pembantu Mehmet Agha.
Alur bersih merauti wajah Grisham Gale. Di atas meja empat persegi di sudut santapan, tersedia juadah berbuka puasa yang disediakan oleh Sarah Mirza yang dibantu Mehmet Agha. Ada kavurma, kebab gaya Turki alinazik, jagung manis maize dan masakan ayam kashkak. Turut disajikan ialah pencuci mulut berupa adunan baklava, kadayif dan kunefe.
Masih ada setengah jam lagi sebelum azan dikumandangkan bagi berbuka puasa di Ramadan 1326 Hijrah. Kemusykilan sudah dikemukakan oleh lelaki Inggeris itu kepada Sarah Mirza dan Mavi Mirza berkenaan maksud ayat-ayat al-Quran dalam Surah ar-Rum ayat 2 – 4.
Mavi Mirza memulakan penerangannya, “Sewaktu perang Badar berlangsung pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah, perang besar di antara dua kuasa utama dunia Parsi dan Rom masih berjalan sejak dimulakan pada tahun 602 lagi. Kerajaan Parsi dengan anutan agama Majusi yang turut menyembah berhala, sementara Rom Byzantine berpegang kepada ajaran Nasrani yang merupakan tinggalan agama bawaan Nabi Isa binti Maryam.
“Empayar Parsi di ketika itu di bawah Dinasti Sassanid yang tidak beriman kepada ajaran Tuhan Yang Esa berajakan Raja Khosrau II. Pada suatu ketika Parsi mengalahkan Rom di wilayah Syam dan Palestin. Maharaja Byzantine, Hercules, melarikan diri dan bersembunyi dalam kota Konstantinopel. Justeru kekalahan Rom itu, umat Islam di tanah Arab bersedih hati.
“Perang Nineveh adalah sejarah perang yang panjang selama satu abad. Ia dimulakan semasa awal abad ketujuh Masihi, Parsi menakluk Syam atau Syria dan Asia Kecil, iaitu maksud ‘Di negeri yang dekat sekali’, di sempadan Empayar Byzantine. Pada tahun 613 Parsi menawan Damaskus, manakala pada tahun 614 Jerusalem atau Palestin pula. Tidak berapa lama kemudian wilayah Mesir pula ditawan oleh Parsi.
“Surah ini diwahyukan kepada Nabi Muhammad bin Abdullah (SAW) lebih kurang tujuh tahun sebelum peristiwa bersejarah kemenangan Byzantine mengalahkan Parsi. Di ketika itu kemusnahan Empayar Byzantine dilihat begitu teruk sekali, agak mustahil untuk dibangunkan semula.
“Salah satu sisi keajaipan al-Quran ialah pemberitaan terlebih dahulu mengenai sejumlah peristiwa di masa hadapan yang belum terjadi. Kemenangan kembali Byzantine ke atas Parsi pada perang penentu Nineveh di tahun 627 Masihi, lebih kurang tujuh tahun selepas surah ini diwahyukan, sebagai salah satu daripadanya. Angkatan perang Byzantine secara mengejut mengalahkan angkatan perang Parsi.
“Pada tahun itu, Maharaja Hercules berjaya menewaskan angkatan Parsi di Issus, di selatan pergunungan Taurus, dan kemudian mendesak tentera Parsi keluar keseluruhannya dari Asia Kecil. Maksud ayat ‘Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum dan sesudah berlakunya’ adalah pertolongan Allah kepada Byzantine dalam mengalahkan kerajaan Parsi.”
Di akhir penerangan itu, Grisham Gale menunduk. Dia sebak. Mehmet Agha yang berada di sebelahnya mengusap-usap belakang tuannya. Sarah Mirza dan Nuray Oztur terkesima, sementara Mavi Mirza mengukir senyum penuh makna sambil berkata perlahan, “Alhamdulillah.”
** Nukilan idea sempena nuzul al-Quran. Ia datang semalam lagi, semasa saya membuka al-Quran dan mencari beberapa perkara yang tersirat dalam Surah ar-Rum. Maka ilham-Nya pun mengalir dari langit masuk ke ruang minda, turun ke lubuk nubari. Ia sebagai salah satu sub-lot akhir sebuah cerita manusia dalam berjihad mencari kebenaran di kota Konstantinopel.
Masih dalam penulisan ....
Berkaitan: 10 fragmen Perang Konstantinopel.

4 comments:
memang betul, memang ada teknologi kapalterbang dan jet ada diterangkan dalam Quran, ramai yang tak perasan. Anda boleh baca artikel saya yang berkaitan dengannya di sini http://aliasmohdyusof.blogspot.com/2011/05/kisah-nabi-sulaiman-dan-sumbangannya.html
Surah ar-rum... khas utk kota rom.. tp rom yang mana? jeng jeng jeng
Alhamdulillah. Memang saya memahami apa maksud kata-kata arwah ayah itu. Benar juga seperti mana nukilan dan hujahan Tuan Alias. Cuma segolongan manusia Islam dan majoriti manusia Barat yang masih ragu-ragu apa yang dinyatakan dalam al-Quran.
Ini hanya secebis, malah langsung tidak seberapa tentang apa yang cuba saya highlight-kan. Sama-sama kita cari kebenaran dan cuba sebarkan, insya-Allah.
“Salah satu sisi keajaipan al-Quran ialah pemberitaan terlebih dahulu mengenai sejumlah peristiwa di masa hadapan yang belum terjadi." Benar, dialog itu.
Al-Quran juga mempunyai skrip yang begitu jelas. Ramai yang mengetahui tetapi hanya sedikit yang menyedari. Terima kasih di atas pencerahan semula, saudara Web Sutera !
Post a Comment