Jejak perintis jihad misi menakluk Konstantinopel


Konstantinopel:Menjulang Panji Jihad. Ini sebuah novel sejarah, perkisahan berkaitan kota Konstantinopel atau kemudiannya dikenali sebagai Istanbul sehingga sekarang. Saya persembahkan dengan cara yang berlainan daripada pendekatan novel-novel sejarah lain yang sudah diterbitkan dalam bahasa Melayu, insya-Allah. Mungkin mirip Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain.

Saya bahagikan plot-plot novel ini dalam beberapa era; Khulafa al-Rasyidin, Khalifah Bani Umayyah, Khalifah Bani Abbasiyyah, Kesultanan Saljuk dan Khalifah Uthmaniah. Sengaja saya perincikan sedemikian rupa justeru ianya selari dengan pendekatan pengkajian sejarah oleh penakluk dan pembebas Konstantinopel, Sultan Muhammad al-Fateh. Beliau dalam usaha merancang strategi perang mengepung kota Konstantinopel - selain kekuatan jiwa, peranan penakluk rohani Syeikh Aaq Syamsuddin, munajat dan mengikuti tatacara Rasulullah (SAW) – dengan mengkaji geografi dan usaha kepungan di semua zaman termasuk semasa hayat Nabi Allah yang mulia itu.

Semua usaha yang menjurus kepada banyak peperangan itu adalah jejak-jejak perintis jihad dalam misi menakluk Konstantinopel bagi memenuhi ramalan kenabian Rasulullah (SAW). Faktor kejayaan, kegagalan dan mehnah yang dihadapkan ke muka setiap Khalifah dan pemerintah kerajaan Islam dalam memimpin angkatan kepungan menjadi iktibar yang ditelaah dan ditaakul hebat oleh Sultan Muhammad II, al-Fateh.

Setelah bertanya daripada beberapa orang pengemar sejarah dan novel berkaitan sejarah, saya berhajat memperkasa novel ini dengan memuatkan peta-peta berkaitan dan lakaran-lakaran di medan tempur yang bersesuaian di beberapa bab tertentu.

Pada kebiasaannya, peta dimasukkan di permulaan novel atau sebagai lampiran, seperti Macedonia: Alexander Agung -Hijab Raja Zulqarnain. Namun pandangan pembaca adalah molek andai dimasukkan peta dan lakaran berkaitan di permulaan bab-bab tertentu bagi memudahkan rujukan.

May the Force be with you!

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger