Lebih kurang satu tahun yang lepas, saya mendapat
panggilan telefon dari seorang sahabat, memohon izin untuk mengambil sedikit
karya picisan saya yang berada di blog homestay
saya. Saya memberi keizinan dan terus terlupakan sehingga semalam.
Saya membaca sebuah buku karya sahabat saya dan terbaca karya picisan itu
berada di dalamnya. Selain itu terdapat beberapa lagi kisah yang mungkin akan
memberi inspirasi kepada pembaca.
Sahabat saya itu adalah Tuan Web Sutera. Mengenali beliau dan cara penulisan
beliau dapatlah saya simpulkan gaya penulisan beliau adalah 'MEMBACA UNTUK
MENULIS' kerana beliau suka membaca dan pekara yang dibaca akan beliau masukkan
ke dalam hasil karya beliau.
Melalui karya terkini beliau, 50 Sup Champion Resipi Rasullullah, beliau meneroka
bukan sahaja buku ilmiah, malah menjelajah daripada satu blog ke satu blog
untuk meneliti sumber yang bersesuaian untuk dijadikan hasil karya. Beliau buat
adaptasi di sana-sini.
Resipi yang berharga sekali sudah tentulah pesanan tinggalan jujungan kita Rasulullah. Namun tidak kurang bernilai adalah pengalaman beliau dalam menjalankan
perniagaan katering.
Ada bahagian yang saya kurang gemar dalam buku ini (beliau tahu apa bahagian
itu) namun ia tidak mencacat resepi buku ini.
Kepada rakan-rakan yang lain, buku ini berbaloi jika anda mencari satu sumber
inspirasi.
** Tuan Zonan Villa.
@@@@@@@
Alhamdulillah. Dari Cherating, Pahang, saya membaca
catatan ini.
Testimoni dan komentar yang baik, dan saya faham bahagian
mana yang Tuan Zonan Villa kurang gemar itu. Tidak mengapa, justeru bahagian
itu adalah pelengkap semua catatan dan ceritera yang
saya luahkan dari isi hati. Terasa tidak lengkap seandainya ‘bahagian itu’
tidak saya masukkan justeru ia penguat hujah.
Dalam novel Macedonia: Alexander Agung - Hijab RajaZulqarnain, 'bahagian itu' juga yang beliau kurang gemar, tapi tetap dibaca.
Terima kasih, teman, itu jua yang ingin saya sampaikan.
Buku ini terisi jujukan resipi dari peristiwa seharian dunia kehidupan
dan bisnes katering yang saya geluti. Bukan sebuah angan dan cerita dongeng,
melainkan kisah yang kita ada Tuhan Yang Esa, dan Rasulullah dihadiahkan untuk
umat manusia sejagat.
Resipi 50 bab juga merangkumi kisah kita, kisah tuan dan
cikpuan, cuma dilihat dari sisi berlainan oleh saya. Untuk kalian juga,
insya-Allah.
@@@@@@@
Pada mulanya setiba
di Cherating, tidak mahu menulis, hanya membaca. Namun tidak boleh. Ada sahaja
yang perlu dicatat, justeru saya ingin lestarikan anugerah Allah ini. Mungkin
berasa menyesal mengapa saya tidak mulakan pada usia 20-an, namun Allah ada
janji-Nya tersendiri.
0 comments:
Post a Comment