Bahtera Hijrah Champion

08Jan2013


"Sejarah adalah memori manusia. Justeru tanpa memori, manusia direndahkan pemikirannya ke tahap haiwan." - Malcom-X.

Oleh sebab itu, baca, teliti, taakul dan belajar dari sejarah. Sebahagian kandungan al-Quran adalah cerita sejarah. Ia bukan cerita yang sia-sia, justeru Allah Maha Tahu yang sejarah itu penting. 

Alasan demi alasan. Tangguh demi tangguh. Keluh demi keluh. "Alamak! Apa fasal dia sudah buat!? Macam mana dia buat cepat? Dia potong barisan!"

Alasan lagi! Hentikanlah, sahabat. Buat segera, mengapa tangguh? Usah marah dengan orang lain, justeru kamu tidak mahu berubah. Masih mencari alasan. Hijrahlah.

Demi seorang manusia, daku sayang padamu. 

Sultan Muhammad al-Fateh orang muda ketika menakluk Konstantinopel. Baginda tidak mencari alasan, bahkan berani melangkah di ketika orang lain beralasan. 

0 comments:

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger