Berfikir Gaya Champion | Baca @Mana-Mana


9 Januari 2013 - Dalam perjalanan menaiki komuter dari Shah Alam, kemudian menaiki LRT ke Pandan Indah, saya membaca. Bermula dari jam hampir 10.00 sehingga sekitar 12.00pm, saya membaca 54 muka surat. Baca buku sendiri berjudul Berfikir Gaya Champion.

Saya ambil satu cerita dalam buku ini. Bab 9: Banyak Cara Ubah Pengganguran dan Nasib Diri, kisah era 90-an.

"Kerja makan gaji pertama selepas menjadi graduan ialah trainee cook di sebuah restoran masakan Barat di Petaling Jaya. Gaji pertama ialah RM400. Saya sangat bersyukur justeru itu hasil titik peluh sendiri."

Sudah terbit, insya-Allah, dari Galeri Ilmu, 200 muka surat.

Ia bukan kisah duka, mahu pun lara. Ia kisah bangkit dari kegagalan masa lalu, kisah manusia Champion dalam menyusur arus deras sebuah wisata.

Judul: Berfikir Gaya Champion
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn. Bhd., 2013
Penulis: Hizamnuddin Awang @ Web Sutera
Tebal: 200 muka surat
ISBN: 978-983-097-342-5
Harga: Sem. Malaysia (RM17.00), Sabah & Sarawak (RM19.00)
 

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger