Champion adalah orang
yang mampu bangkit di saat sukar.
Sebuah buku motivasi.
Sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Buku ini boleh menjadi pendorong atau
memberi jalan untuk kita yang menghadapi kekecewaan dalam mengejar impian.
Bagaimana untuk memimpin diri ke arah yang lebih baik.
Umpama sebuah diari yang tertulis kisah peribadi penulis sendiri, bagaimana beliau bangkit menjadi insan yang hebat. Beliau bukanlah berasal dari golongan keluarga yang berada tetapi itu bukan alasan untuk mengapai impian. Setiap dari kita punya kisah dan cerita yang tanpa kita sedar jika dihalusi ciri-ciri seorang champion itu sudah ada dalam diri masing-masing.
Aku syorkan buku ini
kepada mereka yang mencari-cari hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada
seseorang tidak kira untuk anak-anak ataupun teman-teman.
Rumusannya, penulis
mengajak pembaca mencari potensi dalam diri sendiri. Kejayaan itu bermula
dengan cara kita berfikir. Sekecil mana pun kita, cara berfikir mampu mengubah
hidup ke arah yang lebih baik.
Ini buku ketiga aku baca
untuk awal tahun 2013. Agak perlahan pembacaan aku sekarang kerana aku lebih
hebat membeli buku dari membacanya. Kegilaan yang sukar untuk di tafsirkan.
Mengenali secara
peribadi penulis buku ini aku kira ia satu bonus. Isi kandungannya buku ia
kebanyakkan aku sudah baca dari blog beliau. Kisah yang biasa-biasa dijadikan
luar biasa tanpa kita sedari. Mungkin pada mata kasar ia sesuatu yang kecil
tetapi impaknya sangat besar dalam menongkah arus kehidupan. Untuk apa mimpikan
bulan andai mentol yang tergantung di syiling itu pun kita masih perlukan
tangga untuk mencapainya.
Hidup tanpa tindakan
adalah mati tetapi, hidup tanpa berfikir adalah mati sebelum bertindak.
** Original di sini –
Cahaya Si Kunang-kunang.
0 comments:
Post a Comment