Pesta buku di PWTC - Kalau benar umpama bicara


Semalam, Sabtu 2 Feb. 2013, adalah hari yang dikenang. Salah satunya ialah pelancaran 6 judul terbaharu buku terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd, termasuk tarbiah motivasi Berfikir Gaya Champion oleh Ketua Pengarah JAKIM. Kehadiran ramai penggerak hebat penerbit menggugah jiwa bahawa saya perlu tulis banyak lagi buku.

Bualan bersama rakan penulis dan pembaca di gerai Galeri Ilmu mencambah minda bahawa "penulis wajib ikhlas menulis". Saya ucapkan terima kasih kepada teman pembaca yang sudah miliki novel sejarah Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain dan buku panas Berfikir Gaya Champion.

Khas untuk sahabat 'pemberontak' Tuan Zonan Villa, terima kasih justeru terus memberi semangat untuk aku.

Buku-buku terbaharu Galeri Ilmu dilancarkan oleh Dato' Othman Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM. Sewaktu gimik serahan buku, sempat saya berbisik, "Dato', ini sebuah buku motivasi Islami." Beliau ucapkan tahniah beberapa kali untuk buku motivasi tarbiah Berfikir Gaya Champion ini.
 
 

Alhamdulillah. Tiba di rumah malam tadi setelah hampir 20 minit berjalan kaki dari menghadiri Pesta Buku 1Malaysia. Majlis pelancaran 6 judul buku terbaharu Galeri Ilmu Sdn Bhd, termasuk buku motivasi tarbiah Berfikir Gaya Champion berjalan lancar.

Berjalan kaki selama 20 minit dari stesen LRT Pandan Indah ke Kg. Pandan Dalam memang menyihatkan. Berpeluh juga dengan kasut tumit tinggi.


Sebelumnya, pada hari Khamis dan Jumaat yang banyak ilmu dan perkongsian. Khamis bersama Galeri Ilmu Sdn Bhd, penulis yang hebat dan pengunjung Pesta Buku 1Malaysia.

Manakala Jumaat bersama di Karnival Karangkraf 2013, bersembang dan mengembang idea di sesi Ilham Grup Buku. Seronok berjimba dengan rakan, penulis dan staf Grup Buku Karangkraf. Berjumpa dengan petugas hebat - Dato' Hussamuddin, Tuan Syamil Fahim, Puan Sri Diah Shaharuddin, Puan Saadiah, Puan Firdaus, Tuan Eyman Hykal dan beberapa staf lain. Kenyang. 

Kalau benar umpama bicara 
Lestarikan ia agar berjaya 
Usah dirisau mehnah dunia 
Kelak fana di persada Maha Kuasa. 

** Kredit foto: Sahabat penulis Tuan Iwan Ghazali.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger