JUARA
yang memiliki wawasan teragung dan banyak mewariskan resipi kehidupan kepada
umat manusia ialah Nabi Muhammad. Hal ini kerana umat manusia sebelum ini
belum pernah memiliki seorang contoh terbaik sehinggalah baginda dilahirkan
didunia ini.
Wawasan
yang dibawa oleh lelaki bernama Muhammad itu adalah sebuah ajaran yang
terkandung dalam al-Quran. Bahkan ajaran yang dibawa baginda menerusi perilaku
peribadi pesuruh Allah itu menjadi petunjuk kepada umat Islam selepas kitab
suci al-Quran.
Sehubungan
itu, Must Read Sdn. Bhd. menerbitkan sebuah karya berjudul, 50 Sup Champion Resipi Rasulullah bertujuan
untuk memberi inspirasi kepada para pembaca daripada contoh-contoh penuh
tersirat berdasarkan kisah Rasulullah sebagai perangsang dan motivasi kepada
masyarakat.
Buku
setebal 302 muka surat itu juga menyentuh topik dengan berdasarkan interaksi
Nabi Muhammad bersama para isteri dan sahabat serta diselitkan contoh tauladan baik
dalam pelbagai sudut sama ada daripada segi sosial, ekonomi dan sebagainya.
Penulis
Hizamnuddin Awang dilihat mengangkat Rasulullah sebagai contoh yang wajar
diikuti oleh umat Islam memandangkan masyarakat kini dilihat menjadikan artis
dan ahli sukan sebagai idola dalam kehidupan mereka.
Menurut
penulis, herba mujarab untuk mengubati kesihatan minda manusia adalah motivasi
dan kata-kata perangsang. Oleh demikian, kata-kata hikmah Rasulullah menerusi
hadisnya adalah satu jalan terbaik untuk menuju ke arah itu. Wawasan al-Quran
adalah menuju akhirat dan kejayaan di dunia yang antara lain bermaksud
kehidupan manusia mesti seimbang antara dua perkara itu.
Buku 50 Sup Champion Resipi Rasulullah sesuai
dibaca oleh setiap lapisan termasuk para peniaga, usahawan dan generasi muda
yang ingin memulakan perniagaan dan karier mereka dalam dunia penuh cabaran.
Bab kesembilan buku itu turut mengajak manusia untuk tidak menjadi golongan
gagal kerana ia bakal merugikan kehidupan mereka.
Orang
ramai yang berminat boleh mendapatkan buku 50 Sup Champion Resipi Rasulullah di pasaran dengan harga
RM24.90 (semenanjung Malaysia) atau RM27.90 (Sabah dan Sarawak). Untuk maklumat
lanjut, boleh hubungi Must Read Sdn. Bhd., No. 33, Jalan SBC6, Taman Batu
Caves, Selangor atau hubungi nombor telefon 03-6187 1611.
** Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR (Sumber original).
0 comments:
Post a Comment