Saya
tidak harapkan penghormatan manusia dalam mentaakul sesuatu. Hanya Allah yang
tahu niat saya sepenuhnya. Saya yakin, andai kita buat apa sahaja demi redha
Allah, walaupun buang air kecil, nescaya Allah sayangkan kita.
Saya
sang hamba yang banyak dosa. Manusia tetap menjadi makhluk sepermainan, namun
tidak semestinya redha manusia yang saya dambakan. Hanya Allah.
Aku
tahu engkau tidak suka dan tidak hormat dengan aku. Aku tak kisah sangat, justeru
aku tahu Allah suka.
Engkau
bertanya, "Macam bagus sangat! Macam mana kau tahu Allah suka?"
"Insya-Allah,
aku tahu. Justeru hati aku tenang dan tak resah apabila aku buat perkara itu.
Selagi aku tak buat, nurani aku resah. Aku mengerti hati aku kerana itu fitrah
kejadiannya."
Kata rakan penulis, Prof. Madya Rasid Muhamad, "Jumlah manusia semakin ramai, tetapi harga dan nilai serta semangat kemanusiaan semacam semakin sedikit!"
Kata rakan penulis, Prof. Madya Rasid Muhamad, "Jumlah manusia semakin ramai, tetapi harga dan nilai serta semangat kemanusiaan semacam semakin sedikit!"
**
Foto: Saya semasa sesi sembang buku @CyberSecurity Malaysia, Rabu 23 Januari
2013.
0 comments:
Post a Comment