Alhamdulillah.
Satu minggu ziarah ke Besut dan Kelantan. Selama itu juga saya tidak ber-internet
sepenuhnya seperti biasa. Catatan dan kajian dilupakan sebentar, walaupun
bacaan diteruskan. Namun pertanyaan servis katering tetap dilayan sebaiknya. Akan
teruskan apa yang tertinggal seminggu yang lalu, insya-Allah.
Sempat
menintakan sebuah rasa di bawah tatkala bermalam di sebuah rumah di Tumpat.
Kembara
ini masih di bumi Cik Siti Wan Kembang
Dari Besut merentas Kota Bahru menuju ke Tumpat
Ada kisah berdesing di telinga
Bahawa kadang manusia ada egonya
Benarnya mungkin ada
Namun benar itu tidak semestinya benar belaka.
Hampir
lima hari di Kelantan yang diberkati Allah, insya-Allah. Sempat berkunjung ke
kedai buku Popular dan SMO di KB Mall. Sebelum itu ke SMO Rantau Panjang dan Jertih,
Besut. Alhamdulillah, ada dijual buku-buku saya. Membeli beberapa judul buku di
Popular KB Mall.
Juga
hampir setiap hari memandu dari Besut ke Kota Bahru, kemudian ke Tumpat. Lanjut
ke Rantau Panjang. Sempat ziarah ke Masjid Beijing (kata orang di situ) dan
bersolat Jumaat di sana. Siapa kata Kelantan tidak membangun bersama Islam?
@@@@@@@
Sebelum
bertolak ke Besut dari Ampang, Selangor pada 22 Mac 2013, saya sempat posting
kaver novel sejarah Konstantinopel: Kibaran Panji-panji AL-FATEH (atas: grafik kaver)
di Facebook.
Ucapan
terakhir Sultan Muhammad Al-Fateh sebelum gempuran besar-besaran. “Setiap orang
daripada kita mesti meletakkan syariat Islam di hadapan mereka, menjunjung
al-Quran sebagai dustur keramat. Nasihat beta, jangan apa-apakan gereja dan
tempat ibadat penganut Kristian. Jangan cederakan mereka yang berlindung di
dalam gereja dan yang tidak memerangi kamu. Bebaskan semua paderi. Lapangkan
jalan untuk kanak-kanak dan wanita."
Insya-Allah,
novel setebal 896 halaman ini bakal berada dalam pasaran sebelum PBAKL 2013
ini.
0 comments:
Post a Comment