Sejak
dari awal isu Lahad Datu muncul, kerajaan BN mengambil posisi menyerang dan
tidak tahu mengapa PR tersudut dihimpit untuk berada di posisi bertahan. Pengorbanan
perajurit negara, semangat patriotisme ditunggang semahunya oleh BN untuk kelebihan
politik domestik mereka.
Solidariti
Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini mengambil sikap mengalihkan rakyat dari
gear bertahan kepada gear menyerang. Isu Lahad Datu harus diperjelaskan dengan
berani.
Untuk itu
ruang perdebatan harus dibuka. Malangnya isu sepenting ini yang harus dibawa ke
Parlimen untuk dibahaskan tidak dilestarikan. Ia bukan sekadar mencari punca
tetapi memperbaiki kesilapan yang mengundang tragedi.
Rakyat perlu dipersajikan dengan ulasan serta maklumat yang lebih membuka minda dan ke arah memperkasakan negara, namun malangnya parti penguasa cekap menyusun dan memanipulasi ruang sehingga menghimpit lawan politik.
Sehubungan dengan itu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini akan mengadakan program yang dikenali sebagai Mahkamah Rakyat: Membicarakan kisah dari Lahad Datu, siapa pengkhianat sebenar?

Tarikh:
18 Mac 2013 (Isnin).
Masa:
8.45 malam.
Lokasi: Dewan Himpunan Cina Selangor (KLSCAH) – berdekatan stesen monorel Jln. Maharajalela / Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Lokasi: Dewan Himpunan Cina Selangor (KLSCAH) – berdekatan stesen monorel Jln. Maharajalela / Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Program
ini anjuran bersama Angkatan Perubahan Sabah dan SAMM akan menampilkan:
- Tn Hj Mohamad Sabu
- YB DS Wilfred Bumburing
- YB Tian Chua
- YB DS Lajim Ukin
- Datuk Yahya Lampong
- Datuk Kalakau Untol
- Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir
- Bekas Pengarah JPN Sabah
- Siti Aminah (saksi hidup)
- Mat Swadi (saksi hidup)
- che’GuBard
- Boby (SAMM Sabah)
Sebarang
pertanyaan mengenai program sila hubungi penganjur di talian 010-2675872. Juga
malam itu akan dilancarkan risalah khas penerangan kes Lahad Datu dan
kenderaan pacuan 4 roda SAMM khusus untuk “smoke operation”.
** Siaran
akhbar: Edy Noor Reduan, Pengarah Propaganda, Solidariti Anak Muda
Malaysia (SAMM).
0 comments:
Post a Comment