1) PAS Kelantan maju sejak sekian lama dengan sokongan para ulama pondok. Jika
mereka tolak PAS, sudah pasti PAS semakin lemah, sedangkan PAS semakin kuat
hari ini.
2) Majoriti besar tokoh ulama pondok Kelantan yang terkenal sentiasa mendukung
perjuangan PAS. Sebaliknya, individu yang mendakwa mewakili pondok Kelantan
hanyalah mula dikenali selepas dipopularkan oleh media kerajaan. Jelas, mereka
bukanlah ulama besar Kelantan.
3) Lebih 20 institusi pondok di Kelantan telah memperbaharui ikrar mereka
menyokong kerajaan PAS Kelantan. Ia mewakili hampir 90% pondok Kelantan. Adakah
10% boleh mendakwa mewakili pondok?
4) Pondok Pasir Tumbuh yang merupakan pondok terbesar di Kelantan tidak pernah
berbelah bagi menyokong PAS Kelantan sejak dulu lagi.
5) Abdullah Saamah yang paling lantang menyerang PAS di Kelantan hanyalah
mentadbir sebuah pondok di Tumpat yang mempunyai pelajar yang cukup dibilang
dengan jari.
6) Kebanyakan hujah menolak PAS Kelantan hanyalah berkisar perbezaan pendapat
dalam perkara furu' fiqh dan akidah di kalangan ulama khalaf dan salaf di
Kelantan. Ia telah dengan sengaja diseret ke dalam soal politik dengan niat
memecah-belahkan sokongan pondok terhadap PAS Kelantan.
7) Hakikatnya, walaupun perbezaan pendapat dalam perkara furu' akidah dan fiqh
terus wujud, seluruh ulama Kelantan pelbagai aliran sepakat untuk bersatu berjuang
menegakkan Islam melalui PAS. Pendakwa sebagai mewakili ulama pondok hanyalah
cuba mengambil peluang melalui suara politik untuk menyerang dan memasyhurkan
hukum-hakam mereka yang keras ke atas ulama yang tidak sealiran.
8) Hujah terkini berkaitan isu kalimah Allah hanyalah modal murahan menolak
PAS. PAS sepakat melalui keputusan majlis syura ulamanya dengan pendirian yang
sama dengan pendapat majoriti ulama Malaysia. Ia hanyalah bedilan peluru ke
udara untuk mencetus kebisingan.
9) Sebaliknya, pendakwa sebagai mewakili ulama pondok tidak pula menyerang UMNO
yang jelas mempermainkan kalam Allah. Antara kalimah Allah (dalam istilah
Melayu) yang hanya satu perkataan (Allah) dan kalam Allah yang berjumlah 30 juz
al-Quran, mana lebih utama untuk dijunjung dan dipertahankan?
Bukankah pelik, menyokong UMNO sebagai 'pejuang' kalimah Allah, tetapi memejam
mata terhadap sikap UMNO yang konsisten menentang kalam Allah dalam
pemerintahan.
10) Menentang PAS yang menjunjung Islam dengan menyokong UMNO yang menjunjung
sekularisme adalah hujah paling mudah untuk menolak pendirian pihak yang
mendakwa mewakili pondok Kelantan. Ia menjadi tanda besar kecetekan ilmu dan
maklumat yang telah pun dikongsi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia.
Oleh: Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
(foto)
1 comments:
SEMUA ORG TAHU ABDULLAH SAMAH TU TERIMA PERUNTUKAN DARI KERAJAAN UTK PONDOK DIA,TU SEBAB LA DIA BERIA-IA BACKING KERAJAAN TU,BIASA LA,RASA TERHUTANG BUDI,KALO KERAJAAN BUAT APAPN SEMUANYA OK,HINA HUDUD PN OK,JANJI DUIT MASUK SEMUANYA CANTIK...DIA INGAT DUIT YG KERAJAAN BAGI TU DUIT UMNO KE? WOI ITU DUIT RAKYAT LA!!!!!!
Post a Comment