GB0238: KONSTANTINOPEL KIBARAN PANJI-PANJI AL-FATEH
Pengarang: Web Sutera
Tebal : 896 muka surat
ISBN : 978-983-097-417-0
Harga : RM29.00 W/M, RM 31.00 E/M
Novel sejarah bertemakan tempat ini sarat dengan fakta tetapi diadun
dengan beberapa watak fiksyen. Jika novel sejarah pertama beliau
Macedonia menceritakan tokoh Raja Zulqarnain, melalui novel ini, Web
Sutera memasukkan tokoh-tokoh Islam yang cuba membebaskan Konstantinopel
termasuklah Sultan Muhammad Al-Fateh.
Konstantinopel sebuah kota yang menjadi rebutan. Sebuah kota bersejarah
yang dibina kembali dari puing-puing tinggalan kaloni Greek yang
membinanya dalam abad ke -7 sebelum masihi. Nama asalnya ialah
Bizantium. Dimasyurkan sebagai pusat kerajaan baharu Rom pada tahun 330
Masihi oleh maharaja Rom bernama Constantine Agung. Kota ini berfungsi
sebagai pusat Empayar Bizantin untuk berabad-abad lamanya. Ia juga
dikenali sebagai Rom Baharu atau Rom Timur.
Kemegahan kota mecemburui pelbagai pihak, termasuk dari pihak di Rom,
Itali dan suku kaum yang memerintah kerajaan-kerajaan Eropah. Lokasinya
amat strategik. Semenjak Rasulullah (SAW) berkata dalam hadis semasa Perang Khandak, pemimpin dan pejuang jihad Islam selepasnya
berhasrat memenuhi ramalan kenabian itu.
Misi menawan kota Konstantinopel mempunyai rentetan kisah perjuangan yang tidak kurang menariknya untuk direnungi. -- Sumber: Galeri Ilmu.
Novel Konstantinopel: Kibaran Panji-panji AL-FATEH ini sedang dicetak dan jangkaan siap cetak sebelum 26 April 2013. Novel ini boleh dibeli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 di PWTC, Kuala Lumpur, bermula 26 April sehingga hari mengundi PRU ke-13, 5 Mei 2013.
Insya-Allah, penulis juga akan berada di gerai Galeri Ilmu, booth H24-H29 pada tarikh dan waktu berikut:
1) Sabtu 27 April: 2.00 - 7.00 pm.
2) Ahad 28 April: 11.00 am - 1.00 pm dan selepas 5.30 pm.
3) 29 dan 30 April: Bermula 11.00 am - malam (mungkin).
4) 1 Mei: 11.00 am - 1.00 pm.
5) 4 Mei.
2) Ahad 28 April: 11.00 am - 1.00 pm dan selepas 5.30 pm.
3) 29 dan 30 April: Bermula 11.00 am - malam (mungkin).
4) 1 Mei: 11.00 am - 1.00 pm.
5) 4 Mei.
5 Mei hari memangkah, insya-Allah.
@@@@@@@
Untuk tujuan Pilihanraya Umum ke-13, di bawah ialah komentar lanjutan daripada rentetan beberapa peristiwa mutakhir.
Ilmu psikologi songsang kini semakin giat
ditunggang oleh manusia yang terus menerus cuba mengaibkan seorang
manusia lain (baca: musuh politiknya). Apa sahaja kebaikan digunakan
sebagai elemen songsang untuk menyerang ciri-ciri kebaikan itu.
Walhal dalam masa yang sama, keburukan digunakan sebagai elemen songsang bagi wujudkan perkara baik di atas keburukan itu.
Media songsang terus menimbun tanah sebagai penimbus lubang kuburnya.
Walhal dalam masa yang sama, keburukan digunakan sebagai elemen songsang bagi wujudkan perkara baik di atas keburukan itu.
Media songsang terus menimbun tanah sebagai penimbus lubang kuburnya.
0 comments:
Post a Comment