Renung diri dan nilai hidup


Islam bukan masjid, bukan manusia, bukan agama atas fahaman sempit. Islam ialah tatacara hidup yang ada kaedah kehidupan manusia dengan masjid sebagai salah satu wahana syiarnya. Justeru kehidupan itu politik. Yang menjadikan manusia haiwan ialah kerana sempitnya faham apa itu politik.

Orang yang tidak mahu berfikir, hanya melihat kehidupan selapis sahaja. Nampak di permukaan yang persis jernih dan bersih, walhal bahagian dalamnya hanyir!

Kata Sultan Muhammad AL-FATEH, “Bina ikut kesesuaian yang maksima. Kumpulkan semua kekuatan dan sumber bekalan yang ada. Lima kekuatan yang ada ialah akal, amal, belanjawan, tenaga dan spiritual. Ingat Allah selalu dalam berusaha.”

Untuk sahabat-sahabat aku dalam PAS yang bertanding dalam PRU ke-13. Andai menang dan jadi Yang Berkhidmat, jangan rumput di bumi tidak dilihat lagi. Pandang dan santunilah aku, orang bawahan dan orang yang tiada kuasa.

Kotakan apa yang dikata. Jangan bila dipilih, lupa asal usul perjuangan. Jangan, sahabat.
 

** Kata-kata Almarhum Hamka di atas terdapat dalam buku Berfikir Gaya Champion yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu.  

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger