Sudah lama saya suka mencatat dan menulis, sejak di bangku sekolah
menengah lagi. Tetapi saya menulis bukan untuk
suka-suka. Justeru di bawah cerita saya seterusnya.
Pada awal usia 30-an, aku mula rabun. Justeru perlu ada kaca mata untuk
membaca.
Kalau kita rabun untuk menatap ayat-ayat Allah, itu paling teruk. Aku
tidak mahu menjadi hamba celaka justeru rabun malah ingkar dengan
ayat-ayat-Nya. Begitu juga kamu, duhai kawan.
Kita rasa seronok dan best bila orang suka kita. Andai orang benci
kepada kita, lain pula rasa - tidak best mungkin. Walhal kita sering lupa yang
Allah bencikan banyak kelakuan dan pilihan kita. Kalau Allah sudah tidak
sukakan kita, apa rasa kita?
Insya-Allah, pertanyaan di atas saya cuba jawab dalam dua buah buku -
Berfikir Gaya Champion terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd dan 50 Sup Champion Resipi Rasulullah (SAW) oleh MUST READ SDN BHD.
@@@@@@@
Alhamdulillah. Moga Allah kasihi rohnya. Baru minggu lepas saya pulang
ke Besut. Salah satu tujuan ialah menziarahi Pak Teh yang terlantar menerima
cinta Allah sekian lama. Malam Jumaat 4 April 2013 sekitar 9.00 malam dia sudah
pergi.
Tatkala bertemunya minggu lalu, saya bertanya, "Pok Teh kenal ambo?"
Pak Teh mengangguk sambil tersenyum. Saya belai kepalanya. Dia menangis. "Pok Teh jange sedih. Redha sahaja.”
Tatkala bertemunya minggu lalu, saya bertanya, "Pok Teh kenal ambo?"
Pak Teh mengangguk sambil tersenyum. Saya belai kepalanya. Dia menangis. "Pok Teh jange sedih. Redha sahaja.”
Lama juga saya dan dia bertentang mata. Air mata saya mengalir. Kemudian
dia terlelap. Doa saya Allah makbulkan. Subhanallah. Pohon rakan-rakan
sedekahkan Al-Fatihah untuk Pak Teh saya. Meninggal di malam Jumaat yang mulia.
Kenangan itu menjelma persis tayangan wayang gambar hitam putih. Kisah
bersama arwah Pak Teh di sebuah kampung terpencil di Hulu Besut. Lama daku
bersamanya di teratak desa, mengenal erti cinta dan pengorbanan. Dia bukan
orang tua kandungku, tapi tetap orang tua yang menjaga daku.
Pernah orang kampung berkata, "Anok Kadir dapat nombor satu dalam
SRP." Dakulah itu, anak kampung berlumus dengan selut baruh.
Ya Allah. Dia sudah pergi, seperti mana bonda dan ayahandaku.
@@@@@@@
Foto atas – Sebaris.
50 Sup Champion Resipi Rasulullah (SAW) bermatlamat untuk mengaspirasikan
pembaca dengan hidangan contoh nyata dan tersirat. Kisah-kisah silam dan
terkini, madah hikmah, cerita perangsang dan motivasi, sumber inspirasi dan
tamsil ibaratdirumus dan disajikan bagi memantap lagi ramuan buku ini.
Ayat-ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah diterap agar resipi bertambah sedap.
Harga: 24.90 (Sem. Malaysia), RM27.90 (Sabah
& Sarawak)
Tebal: 302 muka surat
Penulis: Web Sutera (Hizamnuddin Awang)
ISBN: 978-967-0392-45-5
0 comments:
Post a Comment