Suruhan
Allah itu bukan setakat berjalan di atas hamparan muka bumi ini, bahkan
mengelilingi dunia demi meraih banyak bukti konkrit akan peristiwa yang telah
terjadi. Maknanya lebih luas dan bermanfaat sekiranya sejarawan, dan kita
sebagai majoriti umat manusia menelaah apa kejadian alam ini. Apa ibrah atau
pengajaran daripada umat-umat yang pernah berbuat onar jahat di atas muka bumi,
yang telah musnah atau hilang itu.
Dengan
sifat-Nya yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Allah tidak berikan ilmu-Nya
hanya untuk orang-orang Islam sahaja. Seperti juga rezeki, Allah berikan kepada
semua hamba-Nya yang berusaha. Justeru sejak lama dahulu, ramai cerdik pandai
bukan Islam meneroka kisah-kisah manusia yang pupus, dan kemudian mereka
dokumenkan. Kita boleh ambil hasil kajian mereka itu, insya-Allah. Harus
dimaklumi, majoriti daripada kita tidak berupaya mengembara apatah lagi
menjalankan kajian arkeologi terhadap tinggalan manusia silam.
Mengapa
Al-Quran mengandungi ceritera dan mengapa Allah secara khusus menyuruh
hamba-Nya berjalan? Insya-Allah, ia justeru kerana sejarah bakal berulang,
seperti mana kata-kata Abdullah bin Mas’ud di atas.
Berjalan
atau membaca catatan sejarah bererti membaca masa lalu untuk memahami masa
sekarang dan mentafsir masa hadapan. Walaupun masa depan masih tetap dalam ilmu
Allah yang Maha Agung, namun dengan izin-Nya juga kita dapat belajar sesuatu.
Itu pasti.
Sungguh
alam tidak tempang, justeru alam juga makhluk Allah yang sentiasa dan tetap
kekal benar dalam tindakannya. Hanya kita - jin dan manusia serta makhluk lain
- yang selalu berlaku tidak adil terhadap amanah yang diberikan oleh Allah.
Justeru alam buana ini hanya menurut titah perintah Tuhan yang Maha Berkuasa
dan Maha Membalas.
0 comments:
Post a Comment