Ada
sahabat bertanya berkenaan beberapa siri 'artikel' yang dikatakan kononnya
datang dari Lim Kit Siang dan pimpinan DAP pusat. Saya ingin memberi kenyataan
dari sudut pandangan saya. Sekali ini sahaja, tidak akan diulang lagi,
insya-Allah.
Saya, Web Sutera, dengan ini tetap istiqamah bersama pendekatan politik Islam yang didukung oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Saya tetap yakin dan percaya, alim ulama yang berada dalam PAS melihat dari pelbagai sudut sebelum membentuk gabungan Pakatan Rakyat (PR).
Saya, Web Sutera, dengan ini tetap istiqamah bersama pendekatan politik Islam yang didukung oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Saya tetap yakin dan percaya, alim ulama yang berada dalam PAS melihat dari pelbagai sudut sebelum membentuk gabungan Pakatan Rakyat (PR).
Selagi pimpinan PAS tidak berganjak dari pakatan
ini, maka saya, isteri dan anak-anak akan terus menyokong PR. Segala tuduhan
terhadap DAP/PR hanyalah tohmahan dari sang penguasa yang tidak berpuas hati
dengan suara rakyat.
Justeru, saya kekal bersama pegangan ini, dan
berdoa ke hadrat Allah. Demi Dia yang Maha Agung lagi Maha Perancang, Allah-lah
yang menjadi penentu segala.
Tambahan:
Tadabbur al-Quran, mengapa Allah ciptakan manusia dari pelbagai kaum, berlainan
warna kulit? Hanya dengan Islam, manusia akan selamat, dengan izin Allah.
Untuk
saya dan kamu para pejuang kebenaran. Dalam novel Konstantinopel: Kibaran Panji-panji AL-FATEH,
saya masukkan dialog di bawah:
“Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Dia telah menyatakan bahawa kebenaran akan menang. Kita tidak perlu ragu. Walaupun demikian, kemenangan harus dimulai dengan perjuangan yang berat, hatta sehingga nyawa melayang demi sebuah syahid yang mulia. Kita perlu menyeberangi lautan kesulitan terlebih dahulu.
“Untuk diri saya sendiri dan Tuanku yang saya sayangi, harus difahami yang diutamakan dalam hidup ini ialah proses, bukan sekadar hasil. Maka yang lebih bermakna ialah perjuangan meraih keberhasilan, bukan keberhasilan itu sahaja. Allah sudah tetapkan bahawa keberhasilan itu pasti datang asalkan disertai perjuangan dan tawakal kepada-Nya.”
@@@@@@@@@@
Dari
satu sisi, inilah apa yang kerajaan DAP / PR di Pulau Pinang laksanakan. Laporan
rasmi dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang:
1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM:
Tahun 2008 (BN) ..............RM25.7 juta
1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM:
Tahun 2008 (BN) ..............RM25.7 juta
Tahun 2009 (PR)...............RM33.2 juta
Tahun 2010 (PR)...............RM38.9 juta
Tahun 2011 (PR)...............RM45.7 juta
Tahun 2012 (PR)...............RM64.03 juta
2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA:
Tahun 2008 (BN)..............RM659,000.00
Tahun 2009 (PR)...............RM879,000.0 0
Tahun 2010 (PR)...............RM913,200.0 0
Tahun 2011 (PR)...............RM900,000.0 0
Tahun 2012 (PR)...............RM900,000.0 0
3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA
RAKYAT (SAR)
Tahun 2008 (BN)............. RM00.00
Tahun 2008 (BN)............. RM00.00
Tahun 2009 (PR)..............RM1.50 juta
Tahun 2010 (PR)..............RM1.75 juta
Tahun 2011 (PR)..............RM1.75 juta
4.SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ:
Tahun 2008 (BN)............ RM00.00
Tahun 2009 (PR).............RM75,000.00
Tahun 2010 (PR).............RM100,000.00
Tahun 2011 (PR).............RM130,000.00
5.SUMBANGAN IHYA' RAMADHAN (KEPADA SELURUH MASJID)
Tahun 2008 (BN)............ RM00.00
Tahun 2009 (PR).............RM213,000.00 setahun
bermula tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri.
6.PROGRAM BULANAN AL-QURAN:
Tahun 2008 (BN).......... RM00.00
Tahun 2009 (PR)...........RM100,000.00 setahun
0 comments:
Post a Comment