Pasca PRU ke-13: Beberapa catatan Web Sutera

Sudah-sudahlah, kawan, mengutuk PAS yang bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Kau tak puas hati lagi BN menang? Saya penyokong PAS-lah! Jangan kutuklah, kawan.

Kau kata orang Melayu-Islam yang sokong Pakatan Rakyat bodoh, yang sokong BN bijak-bijak belaka. Okey .. ikut kamulah, teman. Alhamdulillah atas info itu, justeru salah seorang yang kau kata 'bodoh' itu ialah saya, Web Sutera. Tidak mengapa.

Saya terima keputusan PRU ke-13 dengan rasa syukur, walaupun Malaysia masih di tangan BN. Saya tetap bersama PR, bukan untuk diri, ini untuk anak-anak. Moga dia orang melihat sebuah perjuangan, yang tidak selalu dapat apa yang diharapkan. Justeru Allah Maha Tahu segala.

Pastinya BN tidak lagi boleh mendabik dada sebagai tersangat ampuh sehingga tiada lawan. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu-Akhbar! Hanya Engkau ya Allah, penentu segala.

Walaupun saya secara peribadi agak terkilan kerana PR tidak memerintah negara Malaysia pada PRU ke-13, namun saya tetap bersyukur. Di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang, PR menang besar bagi memerintah negeri. Moga politik perkauman akan menjadi sejarah. Islam kita junjung.

Maafkan saya, teman-teman. Akur dengan ketentuan dari-Nya.

Sahabat yang setuju atau tidak. Ini dari saya. PAS, PKR dan DAP membentuk Pakatan Rakyat (PR), seperti mana komponen parti membentuk BN. Pemimpin DAP faham akan aturan perlembagaan Malaysia, insya-Allah. Dia orang pasti dan WAJIB akur persetujuan dalam PR. Cuma PR masih belum diterima untuk didaftarkan dan memakai satu bendera. Jadi kemenangan DAP adalah kemenangan PR.

Usai memangkah, saya berada di sebuah pondok panas Pakatan Rakyat di Pandan Indah, Selangor. Seorang Cina berkata, "Bang, I risaulah, bimbang pengundi hantu."
Saya berkata, "Insya-Allah. Saya tetap percaya pada Allah."
"You percaya Tuhan, I pun percaya. Kalau semua orang macam you, aman Malaysia."
"Insya-Allah, kita ada peluang cerah."
Orang Cina yang pertama kali dijumpai itu mengangguk.
Setengah jam kemudian dia bersama-sama dua orang sahabat lain ke DUN Teratai. Saya berkata, "Tuan! Tolong pantau di sana."
Dia membuat tanda bagus.


(Foto) Sekitar lokasi mengundi dan pondok panas Pakatan Rakyat di Pandan Indah, Selangor. Lelaki Melayu pakai kopiah putih, perempuan Cina berambut karat, lelaki Cina berseluar pendek, Muslimat PAS bertuduh labuh, lelaki India berbaju PR dengan segak. Berdiri sebelah menyebelah, laungkan UBAH! UBAH! UBAH!


Sekitar 4.30 pm. Ini maksud saya, suatu pandangan yang indah lagi syahdu. Orang Cina tidak lagi takut kibarkan panji PAS di luar pondok panas PR di Pandan Indah, Selangor.

Seorang India berkata, "Ini kalilah!" Saya menjawab, "Insya-Allah." Dia menyambung, "TAKBIR." Saya sahut, "ALLAHU-AKHBAR!"

Tepat jam 5.00 pm, kami ramai-ramai berdiri tegak nyanyikan lagu Negaraku. Meriah! INI KALILAH, UBAH!

Tahniah untuk Tuan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen baharu Pandan; dan Tuan Iskandar Abdul Samad, ADUN Chempaka, Selangor. Alhamdulillah, Selangor masih berada bersama Pakatan Rakyat.

Dari jauh sahabat mengirim pesan. "Saya merasakan, buku Tuan Web tentang Al-Fateh ini, yang sangat sesuai dibaca pada ketika ini. Sekurang-kurangnya boleh memujuk dan mengingatkan bahawa proses menawan / berjuang mendapatkan Konstantinopel bukan mengambil masa sehari dua tetapi 800 tahun setelah bermula dari Rasulullah (SAW) mengatakan tentangnya. Ia akhirnya berjaya dimililiki setelah cukup 3 kriteria itu - pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.”

Taakulan PRU ke-13. Seperti dialog di bawah dari novel Konstantinopel: Kibaran Panji-panji AL-FATEH, Allah melihat bukan hasil semata-mata. Tapi Allah juga melihat yang lebih utama ialah usaha sebelum hasil itu. Adakah pejuang jihad Islam tidak syahid seandainya mereka terbunuh dalam pasukan jihad Islam yang kalah di medan perang? Banyak sejarah Allah perikan dalam al-Quran, bahawa mereka juga syahid.

Menang atau syahid, itu pasti dari-Nya. Kita hamba-Nya disuruh berusaha dan terus istiqamah. Ayuh kekalkan misi jihad kita!

Untuk saya dan kamu para pejuang kebenaran. Dalam novel Konstantinopel: Kibaran Panji-panji AL-FATEH, saya masukkan dialog di bawah:
“Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Dia telah menyatakan bahawa kebenaran akan menang. Kita tidak perlu ragu. Walaupun demikian, kemenangan harus dimulai dengan perjuangan yang berat, hatta sehingga nyawa melayang demi sebuah syahid yang mulia. Kita perlu menyeberangi lautan kesulitan terlebih dahulu. 
“Untuk diri saya sendiri dan Tuanku yang saya sayangi, harus difahami yang diutamakan dalam hidup ini ialah proses, bukan sekadar hasil. Maka yang lebih bermakna ialah perjuangan meraih keberhasilan, bukan keberhasilan itu sahaja. Allah sudah tetapkan bahawa keberhasilan itu pasti datang asalkan disertai perjuangan dan tawakal kepada-Nya.
“Tuanku, suka saya membacakan ayat al-Quran dalam surah Al-Insyirah, ayat 5 - 6."
Selepas selesai membaca ayat tersebut, Syeikh Bayram memberikan terjemahannya. “Maka, sesungguhnya bersama-sama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya, bersama-sama kesulitan ada kemudahan.”

Tenang hatiku. Dari seorang ustaz. "Untuk 5 tahun mendatang, cabaran terbesar PAS adalah memahamkan masyarakat Bani Melayu tentang tahalluf siasi yang menjadi momokkan UMNO. Rasanya inilah isu yang gagal ditangani PAS dengan baik. Apapun, setiap kebaikan yang besar impaknya, memang memerlukan masa yang panjang untuk difahami. 

"Sabarlah wahai pejuang dan petugas semua. PAS sudah pun menanam pohon itu, cuma pohon yang besar, berbuah lebat dan lazat, rimbun daunnya hingga menjadi tempat berteduh memerlukan masa yang panjang untuk tumbuh dan membesar sebelum membuahkan hasilnya.

"Itulah Sunnatullah yang tidak akan berubah selama-lamanya. Siapa yang sabar akan berjaya, yang cuba menentang sunnah itu pasti akan kecundang.”

Satu lagi. Ini SAH lagi BENAR! Dari saya dan isteri. SPR SAH MENIPU! Dakwat tidak kekal seperti dijanji.

(Grafik kiri) Insya-Allah, saya tetap bersama mereka, dan tetap ikut pendekatan politik Islam mereka. Tiada berubah sedikit pun, walau dikutuk sebagai 'bodoh' oleh orang-orang itu.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger