"Ayuh kita ajar si Muslimah
itu. Aku sudah lama berdendam dengan orang Islam.Biar dia minta tolong. Kita
tengok siapa yang akan datang membantunya."
Kedua-dua lelaki itu mengukir
senyuman yang sarat kejahatan. Anak-anak Iblis berpesta meraikan kejayaan
mereka tatkala kedua-dua lelaki itu menghampiri Muslimah tersebut. Apabila
cukup dekat, salah seorang daripada mereka menyergah.
"Hoi perempuan Islam! Buat apa
kau di sini?"
Herdikan kuat itu menyentak
jantung Muslimah tersebut, membuat langkahnya terpasung. Dia mahu berpaling
menghadap orang yang menyergah. Namun, belum sempat berbuat demikian, kedua-dua
belah tangannya ditangkap seseorang. Jilbabnya disentap. Malah, jubah yang
dipakainya turut terkoyak di bahagian leher. Maka, terdedahlah auratnya yang
selama ini dijaga kemas daripada pandangan durjana.
Dia menangis sambil meminta
belas, seraya cuba menutup semula aurat yang terdedah. Namun, usahanya tidak
berhasil. Tiada kudratnya untuk melawan dua orang lelaki durjana itu. Lebih
menyedihkan lagi, jeritan dan rayuannya tidak dihiraukan oleh mereka yang
berada di pasar itu, kerana lelaki-lelaki yang mengasarinya ialah tentera
Bizantin, Mungkin ada yang bersimpati, namun tidak berani membantu.
"Mana Tuhanmu? Mana Rasulmu? Hahaha!"
Lelaki-lelaki durjana itu terus
mempermainkan Muslimah tersebut yang kian tidak berdaya. Dia semakin lemah.
Pandangannya mulai kelam. Ketika itu, hanya doa yang menjadi pendinding.
Sebelum rebah, dia sempat menjeritkan sesuatu.
"Waa Mu'tasimah! Waa Mu'tasimah!"
Dari kejauhan, seorang pemuda
yang sedari tadi memerhati kejadian itu segera mendapatkan kudanya. Ada amarah
pada wajahnya. Dia tangkas menaiki pelana kuda dan memacu laju meninggalkan
pasar itu.
-- Adakah petikan di atas tidak cukup untuk membuatkan anda teruja untuk mengetahui cerita penuh di dalam novel ini?
Dalam debar, ada pengharapan. Dalam amarah, ada rasa tanggungjawab.
Sememangnya novel ini merupakan karya terunggul Web Sutera yang menarik
untuk dihayati. Dapatkannya segera di pasaran sekarang juga!
@@@@@@@
Konstantinopel merupakan sebuah
kota yang menjadi rebutan. Sebuah kota bersejarah yang dibina kembali daripada
puing-puing tinggalan koloni Greek yang membinanya dalam abad ke-7 Sebelum
Masihi.
Kemegahan kota Konstantinopel
dicemburui pelbagai pihak, termasuk daripada pihak di Rom, Itali, dan
kerajaan-kerajaan Eropah, kerana lokasinya yang strategik sebagai laluan
perdagangan dan pelabuhan kapal-kapal dagangan bagi negara-negara besar dunia.
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW
ada menyebut berkenaan kota ini.
"Kota Konstantinopel akan
jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin,
dan pasukan yang berada di bawahnya ialah sebaik-baik pasukan.
Misi menawan kota Konstantinopel
mempunyai rentetan kisah perjuangan yang tidak kurang menarik untuk direnungi.
Kepada para pembaca yang berminat
mengetahui cerita penuh berkenaan kisah Konstantinopel ini, boleh dapatkannya
di kedai-kedai buku besar berhampiran kawasan anda, atau boleh pesan secara
online melalui laman web kami di www.galeriilmu.com.my.
Anda juga boleh beramah mesra
bersama penulis Web Sutera melalui laman sosial facebooknya di sini.
** Komentar asal dari Buku Kita Harta Kita.
0 comments:
Post a Comment