Belajar dari sejarah Islam: Islam itu perpaduan


Benar kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Malang bagi umat, sudah ada acuan Islam yang ditata indah oleh Allah yang Maha Indah, mahu dicari acuan lain sebagai pengikat perpaduan.

Bangsa Arab dan Turki dahulu berpadu dan bangkit justeru Islam.

Mengapa 'perpaduan Melayu' digembar gembur setiap kali UMNO lemah dan ditolak rakyat? Gabungan UMNO-PAS menjadi isu semula, seolah-olah Melayu-Islam yang tidak menyokong UMNO 'berpecah' dan 'tidak bersatu'.

Mengapa tatkala UMNO kuat, PAS diganyang dan didesak rapat ke dinding? Mengapa di waktu mereka kuat, tidak timbul Melayu berpecah? Justeru semakin ramai Melayu menyokong PAS, maka dikatakan tidak berpadu?

Dari satu sisi, kuasa berpindah ke kaum Melayu dalam PAS, apa salahnya? Mengapa pula hanya disaran kepada Melayu dalam PAS? Bagaimana Melayu dalam PKR?

Mahu ambil sirah Rasulullah (SAW)? Suku Aus dan Khasraj bersatu kerana Islam, bukan bangsa Arab. Sirah Sultan Muhammad al-Fateh? Suku kaum Turki berpadu bersama Daulah Uthmaniah justeru Islam, bukan bangsa Turki.

Poin utama di sini ialah, seperti telah terbukti, perpaduan atas tiket bangsa dengan ada elemen menekan bangsa lain, tidak akan berjaya. Agenda banyak puak dalam sebuah pertubuhan akan menjadi unsur berpecah juga. Hanya Islam, hanya Allah.

Demi Allah yang Maha Agung, saya tidak menentang perpaduan Melayu. Tetapi biar kena acuannya. Islam menjadi tunggak, justeru hanya agama-Nya yang boleh menjadi tali-tali pengikat kukuh, bukan bangsa.

** Pandangan saya, WEB SUTERA, sang fakir lagi hina di sisi Dia yang Maha Agung.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger